Bilik sewa RM50, tuan rumah siap bagi 4 syarat kalau nak duduk

Bilik sewa RM50, tuan rumah siap bagi 4 syarat kalau nak duduk

Bilik sewa RM50,Tuan rumah siap bagi 4 syarat kalau nak duduk bilik sewa. Kami diharamkan bertegur dan bercakap dengan suami dia, Pakcik Jali. Satu hari kami balik dari kelas, kami nampak pakcik Jali kena marah teruk dengan isteri dia. Menitis jugaklah air mata kami ni tengok Pak Cik Jali tidur dalam pondok reban..

#Foto sekadar hiasan. Hi Assalamualaikum untuk semua pembaca, aku Alisya dan ini merupakan kali PERTAMA aku coretkan kisah aku dekat sini. Okay aku mulakan cerita. Aku merupakan seorang siswa di salah satu ipta di ibu kota.

Korang tahu la kan first sem memang disediakan tempat tinggal tapi bila dah masuk sem kedua, student kena cari tempat tinggal sendiri. Nak dijadikan cerita kawan aku, Zana ni dah jumpa satu rumah dekat la jugak dengan Universiti kami.

Bilik sewa RM50, tuan rumah siap bagi 4 syarat kalau nak duduk

Alhamdulillah aku lega la dengar sebab tak payah nak mencari lagi tapi si Zana ni musykil satu benda la pasal rumah yang bakal kitaorang sewa ni sebab sewa rumah dia murah sangat (50 hengget je uolls) dan kawasan rumah tu jauh dari kawasan rumah orang.

Memang sangat terpencil tapi kami buat tak tahu je sebab murah dan rumah tu dekat dengan U. Untuk pengetahuan korang, pemilik rumah tu tinggal dekat sekali dekat rumah tu (suami isteri) sebelum pindah memang kami tak tahu pemilik rumah duduk situ.

Jadi si Zana ni janji dengan tuan rumah (isteri) yang kami akan pindah masuk minggu depan dia pun kata okay. Hari yang ditunggu – tunggu tiba, kami pun dah siap angkut barang masuk kereta dan drive terus la pergi rumah tu.

Kami ada berhenti dekat area rumah tu sebab nak beli goreng pisang ye la tengah hari kan. Aku pun turun la beli kemudian makcik goreng pisang tu tanya aku, ‘Eh, anak ni dari mana nak ke mana tak pernah nampak pun sebelum ni?’

‘Saya memang bukan orang sini makcik, saya ni ke sini sebab nak menyewa dekat area – area sini.’

‘Oh iyeke kamu nak menyewa di mana?’

Aku pun bagitahu la alamat yang aku tulis di kertas dekat makcik tu Tiba – tiba air muka makcik tu berubah macam terk3jut.

‘Kamu nak menyewa dengan cik bunga ke? Allahu Akbar.’

‘Kenapa ye makcik?’ Heran jugak aku

‘Macam nilah, makcik nak pesan kamu tu perempuan, jadi hati – hati sikit ye duduk dengan cik bunga tu.’

Aku pun tak cakap banyak terus bayar dan cakap terima kasih. Terdapat seribu tanda tanya yang belum terjawab. Kenapa dengan cik bunga? Kenapa makcik tu suruh aku hati – hati? Malas nak pikir aku masuk kereta terus drive sambil makan goreng pisang.

Zana ada tanya apa benda yang aku sembangkan dengan makcik tu, cukuplah sekadar aku menggelengkan kepala tak mahu dia risau. Bila dah sampai dekat area situ adalah jugak aku bertanya dengan orang sekitar di mana alamat rumah tu yela malu bertanya sesat jalan.

Yang aku perasan bila aku tunjuk alamat tu dekat orang, ramai yang menyuruh agar aku berhati – hati tetapi diberitahu jugak bagaimana nak ke rumah itu. Aku dah tak pikir panjang terus je drive sampai la kami tiba dekat rumah tu.

Dari jauh dah nampak ada seorang perempuan tengah tunggu dekat depan pintu rumah. Aku kata dekat Zana ni mesti tuan empunya rumah. Kami pun turun dari kereta dan bersalaman dengan dia. Keadaan rumah agak menyeramkan (rumah kayu), depan rumah ada tempayan untuk basuh kaki alah macam rumah orang dulu – dulu.

Lepas dah salam, wanita tu perkenalkan diri. Katanya namanya cik bunga. Oh inilah cik bunga tu. Umurnya aku anggarkan dalam lingkungan 50-an tetapi muka dan badannya seolah – olah orang muda. Kita orang dijemput masuk dan dia kata

‘Kamu berdua jangan lupa disiramnya kaki dengan air tempayan itu pantang larang jika hendak memasuki rumahku.’ Gaya cik bunga bercakap macam orang dulu – dulu. Kami pun ikut jelah bila dah naik rumah baru cik bunga bagi tahu yang dia dengan suami dia tinggal di sini dan dekat sini hanya bilik yang disewa (ada dua bilik) terk3jut jugak kitaorang.

Masa tu memang macam nak cancel je menyewa dekat situ. Lepas tu dia ada bagi beberapa pantang larang dekat rumah dia walaupun dah 2 tahun berlalu tapi aku ingat lagi pantang larang dia.

1. Bilik nombor 2 jangan pernah masuk (sentiasa dikunci, bilik cik bunga no.1, bilik aku no.3 dan bilik keempat bilik zana)

2. Masa cik bunga masak kami diharamkan masuk dapur

3. Malam jumaat kami kena tido awal sebelum pukuI 10.

4. Jangan pernah bercakap dengan Pak Cik Jali (suami dia). Kami duduk situ 4 hari je dan tak pernah nampak Pak Cik Jali. Nampak dia pun masa pagi sebab pergi beli kan lauk. Pak Cik Jali tak dibenarkan tido dalam rumah, dia tido dekat luar dekat pondok yang macam bekas reban ayam situla tempat dia duduk, makan dan tidur. Menitis jugakla air mata kami ni.

Aku dah rasa lain macam bila dia tetapkan pantang larang. Jadi lepas dah angkat barang masuk bilik, aku cakap dengan Zana yang aku nak menyewa tempat lain tapi Zana kata tinggal la sini dulu sebab nak mencari rumah sewa memang susah .

Hari pertama okay sebab kami sampai petang pastu sembang dengan cik bunga pun dekat magrib lepas tu dia suruh kami masuk rehat. Hari kedua kita orang dah habis kelas around 4pm lepas tu balik la. Bila sampai dah dekat depan rumah kitorang nampak cik bunga marah Pak cik jali.

Dihamun kata b0doh lah, tak berguna lah. Pak Cik Jali pulak nampak macam pak turut ikut je apa cik bunga kata macam dah kena guna – guna. Kami tanyalah kenapa marah Pak Cik Jali? Cik bunga jawab senang je, ‘Suami aku itu b0doh orangnya itu sebab aku tidak suka padanya! Dasar suami b0doh!’

Kami diam je la pastu terus naik. Bila dah mandi apa semua, kami pun nak solat asar. Tiba – tiba cik bunga datang marah kami, dia kata kami belagak alim pakai tudung nak tunjuk baik la sembahyang sebab nak perli dia tak sembahyang.

Masuk hari keempat duduk situ memang kami dah tak tahan. Masa nak solat dia marah lagi, bila kami mengaji dia gelak – gelakkan, waktu azan dia selalu menjerit panas – panas. Aku memang betul – betul tak paham sampai la satu malam.

Malam tu malam jumaat di mana cik bunga tak bagi kami keluar bilik. Aku memang masa tengah tido akan terjaga nak ke tandas jadi malam tu Allah nak tunjuk, aku rasa tak nak terkucil je terus lupa pesanan cik bunga. Malam tu aku tengok jam dah pukuI 12 lebih aku pun bangun nak ke tandas dekat dapur.

Gelapkan masa tu jadi aku tak sengaja ternampak cik bunga duduk dekat dapur dengan kain batik disenteng ke atas betis, dia kangkang dan ada periuk nasi dekat bawah kangkang dia tu. Aku nampak air menitik jatuh dalam periuk.

Wallau hu a’ lam aku tak tahu apa yang cik bunga buat aku dengar dia baca mantera dia. Aku dah lupa macam mana tapi yang aku tahu dia seru benda tu dan dia baca mantera tu dia pandang aku. Allahu muka dia lain tak macam cik bunga, muka dia macam orang tua dengan rambut mengerbang dengan pandangan mata yang t4jam dia jerkah aku, suara yang garau,

‘AKU SUDAH BILANG AKU H4RAMKAN KAU DATANG SEWAKTU AKU MEMASAK HAHAHAHAH!’ Masa tu meremang bulu roma, aku terus aku lari ke bilik Zana dan aku perasan cik bunga mengejar aku, masa aku lari tu aku rasa lama betul nak sampai bilik zana.

Ya Allah tak tahu aku nak gambarkan macam mana masa tu, aku rasa macam cik bunga betul – betul duduk belakang aku. Aku terus tolak pintu bilik Zana, dia pun terk3jut tengok aku. Syukur masa tu Zana tak kunci pintu lepas dah masuk aku terus kunci.

Lepas aku kunci tu macam ada orang ketuk pintu kuat sangat sambil jerit, ‘bukak aku pun nak masuk jugak’ sambil mengiIai. Aku dengan Zana masa tu memang dah kecut perut sampai bacaan ayat quran pun berterabur. Kami cuba jugak baca ayat kursi sampai lah ketukan pintu tu hilang aku tengok jam pukuI 3 pagi. What! Maknanya lama kejadian tu jadi.

Sepanjang malam tu aku dengan Zana tak boleh tidur kita orang dengar macam suara cik bunga sedang bergurindam. Korang bayangkan gurindam dia tak macam gurindam yang kita dengar. Gurindam dia seolah – olah sayu, seram lepas tu dengan bahasa dulu dia.

Sampai sekarang aku ingat lagi gurindam tu (masa aku duduk sorang – sorang aku macam dengar gurindam tu). Aku cakap dengan zana yang pagi besok kita keluar dari sini dan nak tahu apa jadi ada suara perempuan sayu sangat merayu cakap jangan pergi sambil mengiIai lepas tu tingkap dengan tiba – tiba terbuka macam ada angin kuat sangat.

Kami tak putvs – putvs baca ayat quran sampailah subuh barulah semuanya berhenti. Kami tunggu sampai dekat luar cerah baru kitorang keluar dari bilik. Masa tu nak tahu aku nampak cik bunga sendukkan nasi dari periuk yang semalam aku nampak dia kangkang tu bagi cik Jali makan, kesian aku tengok Pak Cik Jali.

Dia tengok kami sambil tersenyum macam tak ada apa yang jadi sambil mempelawa kami makan sekali. Memang tak la nak makan rasa loya ada la bila ingat aku ada makan benda dia masak. Lepas tu aku masuk bilik aku kemas barang, Zana pun dah kemas barang dia.

Kami mintak izin kat cik bunga yang kami nak pindah sebab dah dapat rumah lain (alasan) lepas tu muka cik bunga sedih sangat dia kata, ‘Kalau begitu siapa yang mahu jadi pengganti aku?’ Aku masa tu dah seram sejuk, lepas tu terus kami salam dia dan blah.

Waktu kami masukkan barang dalam kereta cik bunga duduk dekat pintu rumah dia sambil bergurindam sayu. Yang aku ingat dalam gurindam dia tu dia titipkan aku (dia sebut nama aku) dekat ‘benda’ dia. Dia kata, aku pengganti dia lepas tu dia kata aku ni tuan baru la apa lah.

Aku dah seram sejuk terus masuk kereta. Lepas tu tiba – tiba cik bunga datang tepi tingkap kereta aku dan cakap, ‘Jika ada kelapangan nanti datanglah menjenguk bondamu ini, akan ku turunkan ilmuku kepada mu.’

Aku dab seram sejuk terus je drive, malah dah dalam kereta kami masih dengar cik bunga bergurindam. Zana just cakap yang cik bunga nak jadikan aku anak angkat dia. Aku macam apalah yang kau cakap ni. Zana kata lagi, masa hari ketiga kami duduk situ masa tu aku ada kelas zana takde so dia duduk umah jela.

Cik bunga sembang dengan Zana yang dia berkenan nak aku jadi anak angkat dia. Masa tu terus meremang. Siapa nak jadi anak angkat dia?? Yelah dengan amalkan benda sy1rik macam tu. Aku cakap dekat Zana yang 4 hari kita duduk dengan cik bunga dah banyak bagi pengajaran dekat kita.

Patutlah makcik yang jual goreng pisang tu suruh hati – hati. Masa aku drive tu sambil Zana cerita cerita seram yang ada dekat rumah tu aku dah perasan yang dekat 2 jam aku drive aku masih dekat tempat yang sama. Aku berhenti jap tepi jalan pastu aku baca ayat qursi baru aku drive dan jumpa jalan keluar.

Zana masa tu tengok aku pelik je. Kitorang ni dengan tak mandi busuk bagai berhentilah dekat satu masjid ni area situ jugak. Aku dengan Zana turun pergi ke toilet masjid tu. Toilet ada satu je, aku masuk dulu lepas aku keluar Zana masuk.

Masa nak tunggu Zana tu ada sorang lelaki ni dengan berkopiah bagai datang sapa aku. ‘Assalamualaikum, awak ni dari mana ye tak pernah nampak pun sebelum ni?’

‘Waalaikummussalam, saya dengan kawan saya ada menyewa dekat hujung kampung sana tapi dah pindah keluar hari ni.’

‘Menyewa? Dekat rumah siapa ye?’

‘Cik bunga’ Istigfar panjang dia. Lepas tu dia cerita la pasal cik bunga tu. Kisahnya cik bunga tu pengamal ilmu hitam tu sebab rumah dia jauh dari kawasan rumah orang. Lelaki tu nama dia Irfan. Irfan cerita dulunya cik bunga tu baik tapi dia bersuamikan cik jali yang panas baran, kaki perempuan.

Pantang cik bunga silap sikit mesti dipukuInya cik bunga. Jadi cik bunga tak tahan dia terus cari guru nak belajar pasal ilmu nak menundukkan suami dia, nak bagi cantik la. Irfan cerita lagi masa cik bunga muda, dia guna d**h h*d dia (masa dia datang bulan) untuk buat nasik kangkang tu sebab cik Jali jadi macam tu .

Cik bunga tu ada membela, ramai orang kampung pernah terserempak dengan kelibat cik bunga tengah malam sambil bergurindam. Sekarang ni cik bunga dah tua jadi dia nak cari la pengganti dia sebab tu dia cari orang yang nak menyewa dengan dia.

Syarat penyewa mesti perempuan. Aku pun macam terk3jut la sebab aku rasa macam aku yang dipilih cik bunga. Lepas tu aku cerita dekat irfan yang cik bunga nak jadikan aku anak angkat la nak turunkan ilmu lah. Terk3jut irfan, lepas tu dia ajak aku masuk masjid sekali la dengan Zana.

Lepas tu dia kata ‘Bila kita masuk masjid dia tak dapat ikut, tak dapat dengar’ Seram jugak la aku masa tu. Irfan suruh aku lunjurkan kaki lepas tu dia ada baca ayat quran dia gerakkan tangan dia dari kepala aku sampai ke kaki.

Badan aku rasa ringan lepas tu Irfan kata ada benda yang cik bunga hantar suruh duduk dalam badan aku. Allah, seram. Masa aku type ni pun meremang habis. Walaupun dah 2 tahun berlalu, masih segar dalam ingatan aku dan bila masa aku teringatkan cik bunga pasti aku dengar gurindam cik bunga.

Sampai sini dulu cerita aku, yang baik dari Allah yang kurang dari aku sendiri. Maaf sekali lagi sekiranya cerita aku terlalu panjang dan tidak seseram yang kalian jangkakan. Terima kasih kerana sudi baca cerita aku yang tak seberapa ini assalamualaikum.

Komen Warganet :

Wan Noraini Md Noor : Kesian cik bunga sebenarnya.. disebabkan jiwanya yg rapuh dan lemah setelah did3ra suami memudahkan sy4itan menghasut dia untuk melakukan perkara sy1rik.

Shiela Abduljalil : Perempuan ada banyak sikap dan latarbelakang, kalau hidup tidak berdasarkan ilmu agama. Begitulah jadi nya, kalau suami giIa memukuI, minta pertolongan sebaiknya dan berdoa ke hadrat Allah mohon pertolongan bukan melakukan kerja IbIis dan akhirnya diri menerima baIasan Allah.

Baca Juga : 
Penyanyi terkenal Jamal Abdillah tarik diri sertai Muafakat Nasional
Rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara nak claim
Selalu mimpi ibu mertua bagi anjing hitam kat bilik tidur, minta tolong ustaz scan dari jauh akhirnya terbongkar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *