Siti Hurrairah dilantik pengerusi negara Shell wanita pertama, – 10 info menarik mengenainya

Siti Hurrairah dilantik pengerusi negara Shell wanita pertama, – 10 info menarik mengenainya

Siti Hurrairah dilantik pengerusi negara Shell wanita pertama, – 10 info menarik mengenainya. Kepinpinan dan kewibawaan wanita Malaysia ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Ramai yang kini diberi kepercayaan dan tangkas mengemudi pelbagai organisasi di pelbagai peringkat. Pengumuman Siti Hurrairah sebagai pengerusi Shell Malaysia membuktikan kehebatan kaum Hawa mencipta nama dan kejayaan dalam bidang yang dimonopoli lelaki.

SHELL Malaysia dalam kenyataannya menguar-uarkan pelantikan Siti Hurrairah Sulaiman sebagai pengerusi negaranya yang baharu berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Wanita berasal dari Kuching, Sarawak itu akan menyelia semua perniagaan Shell Malaysia di samping menggalas tugasnya sebagai naib presiden kanan perniagaan huluan di Malaysia.

Siti Hurrairah dilantik pengerusi negara Shell wanita pertama, - 10 info menarik mengenainya

Mengungguli industri yang kebanyakannya di ceburi lelaki, Siti Hurrairah bukan calang-calang. Berikut 10 info membanggakan wanita hebat ini:

1-Siti Hurrairah bermula di Shell sebagai pemegang biasiswa Shell.

2-Beliau merupakan graduan kelas pertama dalam kejuruteraan mekanikal dari Imperial College di London.

3-Beliau memulakan kerjayanya sebagai jurutera operasi di bahagian huluan Shell Malaysia pada tahun 1994.

4-Pada peringkat awal kerjayanya, Siti Hurrairah memegang pelbagai jawatan dalam bahagian pembangunan, perancangan, komersial dan strategik syarikat itu di United Kingdom dan Malaysia.

5-Pada 2011, beliau dilantik sebagai pengurus aset dan pengarah wanita Malaysia pertama bagi Sabah Shell Petroleum Company Ltd, yang bertanggungjawab bagi operasi minyak dan gas huluan Shell di Sabah.

6-Pada 2015, Siti Hurrairah berpindah ke London bagi menggalas jawatan sebagai pengurus besar operasi komersial perniagaan dagangan dan bekalan Shell yang mana beliau bertanggungjawab bagi perkhidmatan komersial global kumpulan Shell.

7-Pelantikan tersebut sekali gus menjadikan Siti Hurrairah Pengerusi Negara Wanita Pertama dan Naib Presiden Kanan bagi Shell Malaysia.

8-Menerusi laman sesawang Shell Malaysia, wanita khususnya dalam bidang minyak dan gas itu berpegang agar ‘jangan takut’ dalam perkembangan karier.

9-“Saya menggunakan istilah ini dalam konteks kerjaya tetapi ia untuk menggambarkan maksud saya bahawa kita tidak perlu takut untuk mengambil risiko dan mencuba wilayah baharu,” katanya dalam menggalakkan kepimpinan wanita.

10-Siti Hurrairah berkahwin dengan Feisol Sobeng dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan. Memiliki hobi memasak, beliau juga menggemari aktiviti rekreasi seperti mendaki dan berjalan kaki.

Semoga kejayaan dan perjalanan kerjaya Siti Hurrairah menjadi inspirasi kepada wanita agar terus memajukan diri dalam bidang yang diceburi.

Baca Lagi:
Selepas Jamal Abdillah, kini Ummi Nazeera pula tarik diri dari MN
5 baju paling mahal di dunia, harga cecah RM1.67 juta sehelai
Janganlah kahwin dekat Thailand, jadikan kisah ini sebagai pengajaran
CATEGORIES