‘Bila aku dah puas dengan solat hajat, aku bagitahu dia baik-baik yang aku tak mampu teruskan hubungan ini sampai menikah’

‘Bila aku dah puas dengan solat hajat, aku bagitahu dia baik-baik yang aku tak mampu teruskan hubungan ini sampai menikah’

‘Bila aku dah puas dengan solat hajat, aku bagitahu dia baik-baik yang aku tak mampu teruskan hubungan ini sampai menikah’. Bismillahirrahmanirrahim. Sedikit pengalaman diriku untuk aku kongsi buat pejuang2 jodoh yang merasa terlewat, stress, sedih, putus asa. Moga confession ini bermanfaat dan membantu kalian untuk terus bersemangat dalam apa2 keadaan. InsyaAllah.

Aku, Kak Long, umur 30an, bekerja sendiri dengan family, ada perniagaan kecil-kecilan kebun sayur dan ternakan.

Lepas merantau utara selatan kerja lepas habis belajar, aku pilih untuk balik kampung kerja di pekan, tapi akhirnya, Allah berkehendak aku bantu kedua mak abah aku yang sekarang umur mereka lingkungan 60-an.

'Bila aku dah puas dengan solat hajat, aku bagitahu dia baik-baik yang aku tak mampu teruskan hubungan ini sampai menikah'

Adik-adik aku merantau kerja di tempat orang, dan semua adik beradik belum berkahwin. Jadi, aku anggap ni peluang aku berbakti pada mak abah selagi Allah belum direzekikan aku jodoh.

Kisah pasal jodoh ni, aku yakin, semua kita ada pasang hasrat dan cita-cita nak menikah usia muda, kukuhkan ekonomi sama2 pasangan, ada zuriat awal, develop rumahtangga sama2 dgn ilmu dan tanggungjawab sama2.

Aku tak terkecuali dari impian dan hasrat yang begitu. Tambahan pula, zaman2 spm macam dah yakin acah dah jumpa calon suami. Hahaha. Sudah nya, 3 tahun kawan, jodoh takde.

Aku akui, aku orang yang mudah dapat kenalan lelaki. Mungkin sebab aku dulu kerja bahagian sales marketing kot noh, calon suami yang aku riki pun kebanyakan lulus kriteria. Tapi.. Kebanyakan putus tengah jalan sebab yang macam2. Haha.

Parents aku belum nak bagi greenlight laaa, calon tu nak kukuhkan ekonomi, dan last relationship aku sebelum encik tunang yang sekarang, paling drama sangat aku punya kisah cinta.

Bila umur aku dah 25 above, aku dah start rasa. Aku kawan je dengan semua orang, takde declare2. Sape sungguh-sungguh nak kat aku, just jumpa mak abah aku, bincang elok2, mintak baik2, then takde apa, teruskan je.

Then bermula la journey aku cari jodoh. Hahaha. Macam desperate no. Sampailah umur aku 28, calon ni.

Aku berkenan la mula2 sebab dia nampak macam ada la 50% ciri2 aku nak. Tup2 dia duda.

It’s okay. Aku try la berkawan. Aku ni jenis tak kisah orang nak chat ke tak ke, nak on call ke tak ke. Hahaha.

Sebab aku rasa, kita ada hal kehidupan masing-masing kecuali dah kahwin. Tu kenalah maklumkan apa2 hal. So, aku kawan ngan duda ni, 6 bulan je cmtu.

Aku jadi turn off sebab dia kritik fizikal aku. Hahaha. So tutup buku.

Then umur 29, aku kenal someone melalui junior sekolah aku. 3 bulan kenal. So kami rasa, kami suka antara satu sama lain.

Aku kerja di kl masa tu, so 1st time jumpa, dia dtg kl dari jb. So, rasa serasi. Then bulan ke-6 kami decide nak jumpa family masing-masing.

Masa tu aku rasa perubahan aku, perubahan yang aku macam kena control dengan dia. Even nak buat keputusan untuk diri sendiri pun aku kena control dengan dia.

Dia akan block call dan chat aku kalau pada dia, aku ada buat salah dan tak mengaku, dan pernah kami gaduh almost 2 minggu tak contact.

Dah la masa tu counting days nak family meeting, aku pergi kerja balik kerja macam orang bengong dok fikir salah aku apa.

Last2 dia unblock aku, mintak komfemkan tarikh family meeting, dengan takde minta maaf takde rasa bersalah. Tapi sebab aku bodoh, sayang kat dia, aku okay je sampai lah hari family meeting tu dibuat.

Masa tu, hati aku dah berbunga-bunga la sebab rasa oh, aku nak kahwin. Padahal, aku sedang denied yang aku ni desperate nak kahwin.

Lepas settle family meeting tu. Sebulan lepas tu, aku tergerak hati nak stalk acc twitter dia. Tak tahulah kenapa, aku ternampak dia share macam2 link perempuan b*gel, masa tu.

Aku macam.. Dengan siapa yang aku nak kahwin ni?

Aku tenang dulu, buat macam takde apa. Masa tu, kami ada salah faham isu kos duit belanja urusan nikah, aku malas nak argue sebab kalau aku argue, dia tetap betul dan aku salah. So aku diam.

Masa tu, aku buat bisnes part time. Lepas waktu kerja, aku akan cod order kerepek kat area kawasan laluan dari tempat kerja ke rumah sewa.

Aku buat senyap2 tanpa dia tahu sebab kalau dia tahu memang dia marah, akhirnya dia tahu aku buat bisnes part time tu. Dan dia merajuk lagi. Kalini aku buat tak tahu je. Dia call, whatsapp aku tutup data off phone.

Straight berapa hari tu, aku ambil cuti balik kg, bawak mak aku jalan2, solat hajat dan minta Allah bantu aku lepaskan apa yang bukan untuk aku. Aku ada buka chat dia pujuk aku, bagi gambar cincin tunang kitorang yang berbaki 2 minggu lebih kurang.

Tapi aku tak mampu nak reply bila aku teringat dia compare family dia dengan family aku, dia complain cara hidup family aku, aku sakit hati.

Belum nikah dah pandai2 bezakan hidup keluarga aku dengan hidup keluarga dia. Dia yang rasa aku kutuk rumah keluarga dia rumah kg biasa2. Padahal aku okay je.

Yang paling aku bengang, dia ni kaki travel dengan kawan2. Dia cakap, kumpul duit nak g travel lagi enjoy dari kumpul duit hantaran kahwin.

Bila aku dah puas dengan solat hajat dan doa yang aku mintak, aku bagitahu dia baik2 yang aku tak mampu nak teruskan hubungan ni sampai menikah.

Dia tanya kenapa, aku cakap, aku tawar hati sangat-sangat. Dan aku tak pasti apa puncanya sebab aku tak nak dia rasa aku betul.

Masa tu dia teka macam-macam yang dia buat dan dia janji nak betulkan balik. Aku cakap, aku minta maaf, macam mana dia tak setuju dengan keputusan aku. Aku tetap dengan keputusan aku untuk putuskan hubungan ni cara baik.

Then after that, aku call mak dia explain. Alhamdulillah, mak dia faham dan mak dia doakan yang terbaik untuk anak dia dan untuk aku masing-masing. Untuk pertama kalinya, Allah izinkan aku merasa puas, bahagia dan tenang dengan keputusan yang aku buat.

Minggu tu jugak, aku balik kg lagi sekali, explain pada mak abah aku. Dan syukur, mak abah aku sangat memahami dan rupanya, mereka pun ada instinct yang kita anak-anak ni selalu nafikan.

3 bulan lepas tu, Allah izinkan aku berkenalan dengan seorang juru x-ray di klinik kesihatan yang aku selalu bawak mak aku check up, dan insyaAllah kami sedang menghitung hari diijabkabulkan tahun depan.

Doakan aku dan si dia dipermudahkan urusan membina rumah tangga yang sakinah mawaddah warahmah.

Apa yang aku nak share kat sini, jangan pernah rasa kegagalan nak dirikan rumahtangga itu satu penghinaan, ataupun kegagalan yang besar dlm hidup. Banyak hal yang Allah aturkan untuk kita semuanya baik.

Aku pun dulu pernah rasa macam tu, then aku betulkan cara aku fikir dan cari ilmu untuk jadi orang yang lebih bersyukur, lebih positif, lebih dahagakan hal2 baik untuk kongsikan dengan semua orang.

Cari jalan yang lebih jadikan kita menghargai kehidupan kita sekarang dan yang paling penting, biarlah kehidupan kita indah asbab kesabaran, sangka baik dan ketenangan yang kita mampu cipta saat Allah uji kita dengan macam2 cara, itu bahasa kasih sayang Allah yang paling indah!

Aku doakan korang semua tercapai hajat dan dimakbulkan semua doa2 dan keinginan korang yang baik2, aamiin.

Barakallah..

– Kak Long (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
Individu berdepan pengalaman seram ketika berkhemah, 2 ekor singa datang jilat khemah
Sambil tunggu kawan di KLCC, lelaki terkejut temui fosil zaman purba di lantai KLCC undang pelbagai reaksi netizen
Lelaki hampir mati dikelilingi ikan jerung, tak sangka nasibnya berubah selepas diselamatkan ikan dolphin
CATEGORIES