Biasa murid kena kunci luar pagar sekolah, kali ini cikgu pula yang kena kunci

Biasa murid kena kunci luar pagar sekolah, kali ini cikgu pula yang kena kunci

Biasa murid kena kunci luar pagar sekolah, kali ini cikgu pula yang kena kunci. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi beberapa guru dan staf dikunci di luar pagar selepas mereka terlewat datang ke sekolah, lapor program berita Liputan6 semalam.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @bohay91830, manakala kejadian itu berlaku di Sekolah Vokasional Negeri 4 Bangli, Bali.

Berdasarkan rakaman, guru-guru yang terlewat datang ke sekolah pada Isnin lepas itu dihalang memasuki pekarangan sekolah supaya tidak mengganggu perhimpunan pagi.

Biasa murid kena kunci luar pagar sekolah, kali ini cikgu pula yang kena kunci

“Guru datang lewat dan pintu pagar sekolah ditutup oleh pelajar semasa acara menaikkan bendera,” demikian menurut kenyataan akaun tersebut.

Kelihatan beberapa pengawas sekolah turut mengawal pintu pagar tersebut. Walaupun mereka terlewat hanya 1 minit, ia direkodkan di dalam buku laporan untuk rujukan pihak sekolah.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Memang perlu dicontohi. Peraturan sekolah bukan sahaja untuk pelajar tetapi semua warga sekolah,” komen seorang netizen.

@bohay91830 guru dan staf juga manusia,tempat kami salah tapi bukan sengaja..tidak semua yg bagus kami perlihatkan mengenai sekolah kami dan inilah salah satu pengamalan pancasila untuk membentuk karakter peserta didik yang kami terapkan disekolah,bahwa siapapun yang terlambat harus menghadapi konsekuensinya.maaf atas keterlambatan kehadiran kami,semoga kedisiplinan kedepannya bisa lebih ditingkatkan,sehingga bisa menjadi contoh dan panutan yang baik sebagai tenaga pendidik.#smk #guruterlambat #terlambatsekolah #keadilansosialbagiseluruhrakyatindonesia #pks #osis ♬ Tiara Andini Tega – Sadvibes🥀

Baca Lagi:
Lelaki berulang-alik sejauh 300km semata-mata mahu rogol remaja 14 tahun dalam kebun sawit
Kedai kopi di Kedah larang pelanggan lepak bercakap pasal politik
Tuan Ibrahim dedah kenapa Nik Abduh tolak tawaran jadi calon PRN
CATEGORIES