Lelaki berulang-alik sejauh 300km semata-mata mahu rogol remaja 14 tahun dalam kebun sawit

Lelaki berulang-alik sejauh 300km semata-mata mahu rogol remaja 14 tahun dalam kebun sawit

Lelaki berulang-alik sejauh 300km semata-mata mahu rogol remaja 14 tahun dalam kebun sawit. Kejadian tersebut berlaku di Muar. Pada awalnya abang mangsa merasa pelik kerana mangsa selalu menghilang pada jam 1.30 pagi.

Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata abang mangsa bertindak menyiasat dan akhirnya mengetahui adiknya melakukan hubungan seks dengan suspek.

Susulan itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bukit Kepong kelmarin berhubung kejadian tersebut.

Lelaki berulang-alik sejauh 300km semata-mata mahu rogol remaja 14 tahun dalam kebun sawit

Suspek membuat temujanji dengan mangsa sejak bulan Mac yang lalu

Suspek berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah restoran makanan segera itu difahamkan menunggang motosikal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Bukit Kepong untuk merogol mangsa di belakang sebuah rumah.

Lelaki berulang-alik sejauh 300km semata-mata mahu rogol remaja 14 tahun dalam kebun sawit

Lelaki itu juga sanggup berulang-alik sejauh 300 kilometer semata-mata mahu melakukan perbuatan terkutuk dengan remaja berumur 14 tahun itu.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku sejak Mac lalu dan kali terakhir bulan lalu.

“Daripada maklumat diterima suspek akan menghubungi mangsa terlebih dahulu sebelum mereka berjumpa di kebun sawit terletak belakang rumahnya,” kata Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz.

Baca Lagi:
Tuan Ibrahim dedah kenapa Nik Abduh tolak tawaran jadi calon PRN
Juruteknik maut disengat tebuan ketika baik pulih kerosakan pencawang telekomunikasi
Anak bongsu Allahyarham Salahuddin Ayub bakal jadi calon Parlimen Pulai?
CATEGORIES