Baru beberapa hari dimasukkan penjara, Najib mohon dibebaskan sehingga semakan diputuskan

TERBARUU 2

Baru beberapa hari dimasukkan penjara, Najib mohon dibebaskan sehingga semakan diputuskan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah atas tuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. sebanyak RM42 juta.

Beliau turut memohon agar pihak pembelaannya diberikan kebenaran untuk memulakan semakan tersebut sebagaimana yang termaktub dalam Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 sebelum hujah didengar.

Permohonan tersebut difailkan lewat petang tadi melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co. atas alasan hak Najib sebagaimana dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan telah dinafikan.

Baru beberapa hari dimasukkan penjara, Najib mohon dibebaskan sehingga semakan diputuskan

Secara keseluruhannya, keputusan-keputusan yang dimohon oleh Ahli Parlimen Pekan itu untuk disemak semula ialah:

a. Keputusan yang menolak permohonan pembelaan untuk memasukkan bukti baharu berkaitan Hakim Bicara, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dan membatalkan perbicaraan kes itu.

b. Keputusan yang menolak permohonan pembelaan untuk menangguhkan prosiding rayuan akhir tersebut.

c. Keputusan yang menolak permohonan pembelaan agar Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhir tersebut.

d. Keputusan untuk mengesahkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi di sini.

e. Keputusan berhubung kegagalan Mahkamah Persekutuan untuk meminta pihak-pihak berhujah secara berasingan mengenai hukuman

Salah seorang peguam, Rahmat Hadzlan daripada firma guaman tersebut ketika dihubungi mengesahkan bahawa semakan itu telah difailkan kira-kira pukul 4 petang tadi.

Pada 23 Ogos lalu, panel lima hakim yang diketuai Hakim Tengku Maimun sebulat suara mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Turut bersidang pada tarikh tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Dengan keputusan tersebut, Najib mula menjalani hukuman penjaranya di Penjara Kajang pada tarikh yang sama.

Antara alasan yang dikemukakan Najib dalam notis usul semakan itu ialah Hakim Mohd. Nazlan mempunyai konflik kepentingan apabila mendengar perbicaraan itu kerana beliau merupakan bekas Kaunsel Kumpulan Maybank yang memberikan pinjaman kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Beliau juga menyatakan, pasukan pembelaan yang baharu tidak diberikan ruang dan peluang untuk bersedia sebelum boleh berhujah dalam rayuan akhir itu.

Najib juga mendakwa pendengaran rayuan akhir itu telah dijalankan secara sebelah pihak (ex-parte) apabila tiada hujahan daripada pihak pembelaan.

Selain itu, bekas Presiden UMNO itu menyatakan berlaku konflik kepentingan apabila Hakim Tengku Maimun enggan menarik diri daripada mendengar rayuan tersebut sedangkan suaminya, Datuk Zamani Ibrahim dengan menunjukkan rasa tidak senang terhadap Najib sejak Mei 2018.

Oleh itu, Najib antara lain memohon agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada sabitan dan hukumannya sehingga semakan itu diputuskan.

Beliau turut memohon agar pendengaran rayuan akhir itu didengar semula di hadapan panel hakim yang lain yang dianggotai tidak kurang daripada tujuh orang hakim atau yang difikirkan sesuai.

Selain itu, Najib juga memohon agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada sabitan serta hukuman dan kes penyelewengan dana SRC International dibicarakan semula di hadapan hakim yang lain.

Turut dimohon ialah relif-relif lain yang difikirkan sesuai.

Baca Lagi:

Najib Razak dikejar ke hospital kerajaan kata Pegawai

Rosmah Mansor didenda sebanyak RM970 juta lebih banyak daripada Najib Razak

Chef Wan bangga dengan Hakim, kata-kata Chef Wan buat penyokong Najib Bossku terdiam

Leave a Reply

Your email address will not be published.