Anak artis wanita popular dihukum penjara 13 bulan

Anak artis wanita popular dihukum penjara 13 bulan

Anak artis wanita popular dihukum penjara 13 bulan. Anak artis wanita popular era 1990-an dihukum penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah.

Majistret Saiful Sayoti menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Syarra Sudarman, 29, mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Saiful turut mengarahkan tertuduh menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.

Anak artis wanita popular dihukum penjara 13 bulan

Pertuduhan pertama, tertuduh didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada jam 11.45 pagi, 12 Oktober 2022.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama.

Syarra dikenakan hukuman penjara lapan bulan bagi kesalahan terbabit bermula dari tarikh dia ditahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada jam 3 petang, 12 Oktober 2022.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan berkenaan bermula hari ini.

Tertuduh dalam rayuannya menyatakan sebelum ditahan, dia mempunyai pekerjaan tetap di Kuala Lumpur dan menyara anaknya.

Baca Lagi:
Pegawai polis habiskan gaji bulanan untuk bina masjid
Pelakon terkenal buat pengakuan berani, selalu berzina tapi tak pernah tinggal solat subuh
Tiga pasport dari negara Asia ini paling berkuasa tahun 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *