Anak kelahiran Johor Bahru ‘tauke gula’ kekal tersenarai 100 individu paling kaya di dunia

Photo of author

By Joe

Anak kelahiran Johor Bahru ‘tauke gula’ kekal tersenarai 100 individu paling kaya di dunia. Tokoh korporat terkemuka negara, Tan Sri Robert Kuok terus mencipta kejayaan apabila kekal disenaraikan sebagai 100 individu paling kaya di dunia dengan mencatatkan kekayaan sekitar AS$14.9 bilion (RM70.6 bilion), sekali gus berada di kedudukan ke-98 carta berkenaan.

Kedudukan terkini itu dinyatakan melalui loparan Indeks Bilionwan Bloomberg setakat awal November ini di mana kekayan dimiliki Robert Kuok membolehkan beliau diangkat sebagai antara 100 individu paling kaya di dunia.

kekayaaan dimiliki anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu bukan sahaja diperolehi melalui perniagaan berasakan gula seperti penanaman tebu di Perlis, kilang penapisan gula dan pengilangan tepung, namun turut melibatkan perniagaan dalam sektor kewangan, perhotelan serta pengangkutan.

Anak kelahiran Johor Bahru 'tauke gula' kekal tersenarai 100 individu paling kaya di dunia

Sebelum ini, Forbes Asia turut menyenaraikan Robert Kuok sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$11.5 bilion (RM48 bilion) pada tahun 2020 seterusnya kekal memegang gelaran itu melebihi 20 tahun.

Selain itu, berdasarkan tinjauan di Indeks Bilionwan Bloomberg setakat ini, Pengasas Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow turut disenaraikan sebagai 500 individu paling kaya di dunia dengan nilai kekayaan sekitar AS$6.43 bilion (RM30.5 bilion), sekali gus membolehkan Hong Piow berada di kedudukan ke-328.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk terus mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$190 bilion meskipun mengalami kerugian aset berjumlah AS$80.4 bilion.

Anak kelahiran Johor Bahru 'tauke gula' kekal tersenarai 100 individu paling kaya di dunia

Pada Oktober lalu, Elon dilaporkan hilang sebanyak AS$100 bilion dalam tempoh kurang dari setahun ekoran kejatuhan mendadak harga saham Tesla.

Menurut laporan majalah Forbes, nilai kekayaan Musk berkurangan hampir 35 peratus daripada AS$320.3 bilion (RM1.51 trilion) pada November tahun lalu kepada AS$209.4 bilion (RM992.14 bilion) pada Khamis lalu.

Sementara itu, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berada di kedudukan ke-29 individu paling kaya dengan kerugian nilai kekayaan sebanyak AS$88 bilion.

Baca Lagi:
“Ingat artis binatang, najis ke? Ingat lebam di dahi guarantee syurga ke?” – Hattan selar ustazah tiktok anggap golongan artis tidak layak disalam
Gaji aku sebulan RM1200, bila hari terakhir aku kerja bos bagi aku RM127 je, sakali ini yang jadi
Aset bersih calon Parlimen Tanah Merah berjumlah RM106.1 juta