Ini cara betul pakai ihram untuk lelaki mengikut sunnah. Mengetahui cara memakai ihram dengan betul adalah penting kerana ia berkaitan dengan ibadah yang dilakukan ketika menunaikan haji dan umrah.
Pakaian ihram bagi lelaki terdiri daripada dua helai kain putih tanpa jahitan yang melambangkan kesucian. Cara pemakaiannya pula perlu dilakukan dengan betul agar ia menepati syarat ihram.
Berikut adalah cara pakai ihram dengan betul:
1. Persediaan sebelum memakai ihram
- Mandi sunat ihram – Disunatkan untuk mandi sebelum berniat ihram.
- Memotong kuku dan mengemaskan bulu badan – Jika perlu, bagi memastikan kebersihan diri.
- Memakai wangi-wangian – Dibenarkan sebelum niat ihram, tetapi tidak boleh dikenakan pada kain ihram.
2. Langkah-langkah:
Ihram lelaki terdiri daripada dua helai kain putih tanpa jahitan:
Kain bawah (Izar)
– Balutkan kain pertama di bahagian bawah pinggang seperti memakai kain sarung.
– Ikat dengan kemas atau gunakan tali pinggang khas supaya tidak mudah tertanggal.
Kain atas (Rida’)
– Letakkan kain kedua di atas bahu seperti selendang.
– Salah satu bahagian boleh dilepaskan ke sebelah bahu kiri untuk menutup badan.
– Apabila melakukan tawaf, disunatkan iztiba iaitu membuka bahu kanan dengan meletakkan kain bawah ketiak kanan dan menutup bahu kiri.
Bagi wanita pula hendalak berpakaian longgar berwarna putih atau menggunakan telekung. Ini bertujuan agar aurat tertutup dengan sempurna selain memberikan keselesaan kepada si pemakai terutamanya ketika melakukan ibadah.
Larangan ketika dalam ihram
– Tidak boleh memakai pakaian berjahit atau yang bersarung seperti baju, seluar dan stoking.
– Tidak boleh menutup kepala dengan topi atau serban.
– Tidak boleh memakai wangi-wangian selepas niat ihram.
– Tidak boleh mencabut atau mencukur rambut serta memotong kuku.
– Tidak boleh berburu atau membunuh binatang.
– Tidak boleh melakukan hubungan suami isteri.
Dengan memahami cara pakai ihram dengan betul, ibadah haji dan umrah dapat dilakukan dengan sempurna.