Lelaki pandu Myvi sampai ke China tanpa sebarang masalah buat ramai kagum

Photo of author

By Joe

Lelaki pandu Myvi sampai ke China tanpa sebarang masalah buat ramai kagum. Salah satu kereta yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan, Myvi, sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia, terutama mereka yang baru sahaja mahu berjinak-jinak untuk membeli kereta.

Selain harganya yang mampu milik, daya tahan serta kemudahan untuk mendapatkan alat ganti (spare parts) menjadi faktor mengapa rakyat Malaysia memilih kereta yang dikeluarkan oleh Perodua ini.

Pandu Myvi Sampai Ke China

Lelaki pandu Myvi sampai ke China tanpa sebarang masalah buat ramai kagum

Baru-baru ini, dalam sebuah kumpulan kereta di laman media sosial Facebook, seorang lelaki berkongsi perjalanannya ke China dengan memandu Myvi miliknya, sekaligus mendapat perhatian ramai pihak.

Muhammad Fuad Ashaari berkongsi gambar di kumpulan tersebut yang menunjukkan beliau melawat salah satu bandar yang dinamakan Deqin, yang ketika itu sedang mengharungi musim sejuk.
Menurut beliau, kereta Myvi miliknya tidak menghadapi sebarang masalah ketika mengharungi jalan di China meskipun cuaca yang sejuk.

Perkongsian ini mendapat sambutan ramai, di mana ada beberapa individu yang turut berkongsi pengalaman mereka sampai ke bandar Deqin dan bandar-bandar di China yang lain dengan menggunakan beberapa jenis kenderaan.

Ada individu yang berkongsi pengalaman beliau dan rakan-rakan yang pernah menunggang motosikal RXZ ke bandar Deqin dan mengatakan bahawa perjalanan itu sedikit ‘azab’ kerana jarak jauh yang perlu ditempuh.

Lelaki pandu Myvi sampai ke China tanpa sebarang masalah buat ramai kagum

Selain Myvi, Exora Pun Pernah Sampai

Seorang lagi berkongsi pengalaman beliau yang pernah sampai ke China, lebih tepatnya ke kota Yunnan, dengan menggunakan satu lagi kereta keluaran syarikat tempatan iaitu Proton Exora, manakala seorang lagi pernah sampai ke bandar Guandong dengan menaiki Proton Persona.

Perkongsian ini jelas menjadi bukti bahawa produk tempatan sememangnya mempunyai kualiti dan setanding dengan kereta yang dikeluarkan oleh jenama dari luar negara.

Baca Lagi:
Penampakan ‘Black Seadevil’ berenang berhampiran permukaan laut cetus tanda tanya
Ini sebab kenapa orang Melayu di Australia diarah keluar dari pulau Cocos
Suami orang sembunyi belakang langsir, teman wanita pakai tuala dicekup berkhalwat