Rajin buat live video jual barang, staf terharu dapat gaji RM12,000 dalam sebulan

Photo of author

By Joe

Rajin buat live video jual barang, staf terharu dapat gaji RM12,000 dalam sebulan. Jika ditanya kepada kebanyakan individu, pasti ada segelintir yang mempunyai isu bersama majikan di tempat kerja.

Ini kerana bukan mudah untuk menjumpai bos yang menghargai penat lelah pekerja.

Boleh dikatakan ada sahaja cerita kurang enak yang melibatkan hubungan pekerja dan majikan, khususnya berkaitan dengan gaji.

Rajin buat live video jual barang, staf terharu dapat gaji RM12,000 dalam sebulan

Tidak semua, namun masih ada lagi majikan yang menghargai segala usaha dan kerja keras staf dengan memberikan ganjaran yang setimpal.

Majikan Beri Gaji RM12,000 Kepada Staf Yang Berjaya Capai Target

Itulah yang dilakukan oleh seorang majikan apabila memberikan gaji bernilai RM12,000 sebulan kepada pekerjanya.
Menerusi video di TikTok @pemborongemasbangkok, dapat dilihat seorang wanita yang merupakan majikan mengumumkan nama pekerjanya yang berada di tangga pertama yang berjaya mendapat gaji sebanyak RM12,126.40.

Melalui perkongsian tersebut, majikan berkenaan mengumumkan pekerja bernama Salma berjaya memperolehi ganjaran gaji sedemikian.

Pekerja Rajin Buat Live & Video Jual Barang

Malah, kedengaran majikan berkenaan memuji Salma yang berjaya mencapai target serta rajin ketika bekerja.

“Untuk Salma, tahniah! Komitmen, full attendance (kehadiran penuh), rajin live lagi, rajin buat video, rajin cari barang. Jadi tahniah, inilah orang panggil usaha tidak mengkhianati hasil,” jelasnya.

Dapat dilihat, majikannya itu menyampaikan gaji dalam bentuk wang tunai kepada Salma di hadapan pekerja yang lain.

Salma juga dilihat menangis terharu dengan ganjaran yang diberikan oleh bosnya itu.

@pemborongemasbangkok Usaha tak kan mengkhianati hasil 🥰 Gaji staff sebulan mencecah Rm12,000 ‼️ Tahniah untuk Salmah dan semua staff yang berjaya capai target 🥳 #pemborongkristalmutiara #fyp #foryoupage #fypdong #gaji #gajipekerja #gajistaff ♬ Sad Song Piano Cover by Clyde – CLYDE 🎹

Staf Dapat Gaji RM12,000 Undang Pelbagai Reaksi

Video yang telah mendapat lebih 396,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat situasi tersebut.

Ada yang meluahkan rasa gembira dan teruja apabila melihat pekerja itu menerima gaji lebih RM12,000.

Namun, ada juga yang berpendapat itu hanyalah sekadar konten dan bukanlah gaji sebenar pekerja berkenaan. Tidak kurang juga ada yang mempersoal motif majikan tersebut memberikan gaji secara tunai.

Bukan Sekadar Konten, Memang Bos Bagi Pekerja Gaji RM12,000

Menerusi video terbaharu yang dikongsikan di TikTok berkenaan, majikan yang dikenali sebagai Nadzirah itu tampil memberi penjelasan mengenai hantaran yang tular.

Jelasnya yang merupakan peniaga barang kemas Bangkok, dia menerima segala pandangan sama ada baik atau buruk dari warganet.

Malah, bagi menjawab persoalan orang ramai yang mengatakan itu hanyalah sekadar konten semata-mata, Nadzirah telah menemu bual Salma dan pekerja lain yang turut mendapat ganjaran lebih kurang sama.

Jelas Salma, video tular itu bukanlah sekadar konten sebaliknya itu sememangnya gaji yang diperolehi olehnya pada bulan Januari lalu.

Kongsi pekerja itu lagi, bosnya itu tidak pernah meminta wang berkenaan untuk dikembalikan semula.

“Untuk RM12,000 itu memang betul gaji saya. Bulan (Januari) lalu saya betul-betul push up untuk buat video, cari barang, add produk. Dari situ alhamdulillah saya dapat RM12,000.

“Apa yang bos bagi kami memang dia tak pernah minta balik, apa lagi itu gaji kami. Kami punya usaha, memang untuk kami,” kongsi Salma lagi.

Pekerja Lain Turut Mengakui Bos Memang Bagi Gaji Banyak

Tidak hanya itu, pekerja yang berada di tangga kedua, ketiga dan keempat juga turut mengakui bos mereka sememangnya memberi gaji yang banyak sebagai menghargai penat lelah selama ini dan tidak pernah sekalipun meminta kembali gaji yang telah diberi.

“Kami terima (gaji) bulat-bulat. Satu sen tidak diminta. Ada yang cakap kami buat konten.

“Duit yang kami terima dari bos kami adalah hasil kerja keras kami bekerja dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam,” jelas pekerja itu.

Sasar Nak Beri Gaji Pekerja RM20,000 Seorang

Di akhir video berkenaan, Nadzirah menjelaskan sasarannya pada bulan ini dan seterusnya mahu menggajikan pekerjanya dengan gaji sebanyak RM20,000 sebulan.

“Insya-Allah next target saya untuk bulan (Februari) ini dan seterusnya ialah menggaji diorang RM20,000 satu bulan untuk seorang,” kongsinya.

@pemborongemasbangkok Replying to @Nelda Min Staff gaji Rm12,000 sebulan. Betul ker sekadar content? @nadzirah.h Tengok video ni sampai habis #fypシ #foryoupage #fyp #pemborongkristalmutiara #tiktoksabah #fypdong #gajipekerja #gajistaff #staff #gajistaff12k ♬ original sound – EMAS DUBAI

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Macam Mana Boleh Dapat RM12k, Kira Macam Sales Kereta Ke? Mantapnya Kalau Usaha Bulan-Bulan Dapat Macam Tu”

Rajin buat live video jual barang, staf terharu dapat gaji RM12,000 dalam sebulan

Rajin buat live video jual barang, staf terharu dapat gaji RM12,000 dalam sebulan

Rajin buat live video jual barang, staf terharu dapat gaji RM12,000 dalam sebulan

Rajin buat live video jual barang, staf terharu dapat gaji RM12,000 dalam sebulan

Rajin buat live video jual barang, staf terharu dapat gaji RM12,000 dalam sebulan

Rajin buat live video jual barang, staf terharu dapat gaji RM12,000 dalam sebulan

Baca Lagi:
Ini tips untuk mengelak dari bertembung dan berhadapan dengan gajah di jalan raya Gerik Jeli
‘Sumbang uniform gantung di ampaian’ ramai puji tindakan sekolah ini
Ini sebab kenapa orang Melayu di Australia diarah keluar dari pulau Cocos