Anak-anak pelik tengok mak kerja ‘gomen’ tapi angau bercinta dengan bekas banduan, sanggup bela dan keluar duit tanggung serba serbi

Anak-anak pelik tengok mak kerja ‘gomen’ tapi angau bercinta dengan bekas banduan, sanggup bela dan keluar duit tanggung serba serbi

Anak-anak pelik tengok mak kerja ‘gomen’ tapi angau bercinta dengan bekas banduan, sanggup bela dan keluar duit tanggung serba serbi. Kehidupan seorang gadis dan adik-beradiknya banyak berubah selepas bapa mereka meninggal dunia, beberapa tahun lalu.

Katanya ibunya mula berkenalan dengan lelaki lain tidak lama selepas kematian bapanya sehingga tergamak berkelakuan tidak sopan dan menghabiskan wang demi cinta.

Anak-anak pelik tengok mak kerja 'gomen' tapi angau bercinta dengan bekas banduan, sanggup bela dan keluar duit tanggung serba serbi

Gambar hiasan

“Adik beradik aku semua perempuan. Ayah aku dah meninggal masa aku sekolah lagi. Belum sampai setahun ayah aku meninggal, mak aku dah mula bergayut dengan lelaki. Aku pernah check telefon mak aku, dia layan chat ramai lelaki.

“Mak aku pernah bawa aku dan adik aku pergi bercuti, dan rupanya dengan boyfriend dia. Semua mak aku tanggung. Duit minyak, duit makan apa semua mak aku bayar.

“Aku jumpa gambar mereka pegang tangan dalam telefon mak aku. Ya, aku tak hormat privasi, tapi aku takut mak terjebak dalam penzinaan atau scammer and so on,” luahnya di media sosial.

Tidak terhenti di situ, gadis itu berkata ibunya meluahkan hasrat untuk berkahwin pada tahun lalu, namun dia langsung tidak terkejut menerima perkhabaran itu.

Apa yang membimbangkan, dia berkata ibunya sering menghantar wang kepada lelaki tersebut yang disyaki tidak bekerja dan memiliki rekod jenayah lampau.

“Tahun lepas mak aku cakap dia nak kahwin, aku tak terkejut. Aku dan adik beradik memang tak setuju tapi mak aku tak kisah langsung. Kami tak kenal pun siapa lelaki tu, orang mana, kerja apa semua. Mak tak nak bagitahu. Mak cakap dia kerja biasa-biasa.
“Dia tak pernah kenalkan future husband dia kat kami. Mak aku ni bekerja. Kerja kerajaan ada gaji tetap, ada dua kereta, ada tanah, ada duit pencen arwah ayah aku. Mak aku kenal dia online. Aku tak tahu dari mana. Dia tinggal di negeri lain.
“Aku syak lelaki tu tak kerja, sebab aku check phone mak aku, mak aku selalu transfer duit dengan lelaki tu. Nak top up la, duit makan la, duit kasut la, duit baju la apa.
“Pakcik aku ni polis. Dia ada check background bakal suami mak aku dan lelaki tu ada rekod jenayah dadah. Pernah masuk penjara beberapa tahun dulu. Kisah ni dah satu family tahu,” ujar pengadu lagi.

Usaha keluarga untuk menghalang hubungan percintaan mereka bukan sahaja tidak berhasil, malah ibunya sanggup bersengketa dengan semua orang yang tidak bersetuju dengannya.

“Makcik pakcik aku (adik beradik mak aku) memang gaduh besar dengan mak aku sebab mereka tak setuju. Aku sangat berterima kasih sebab keluarga aku tolong nak sedarkan mak aku. Tapi, tahu apa mak aku buat? Mak aku mengamuk sampai call polis dan akhirnya hubungan kekeluargaan putus macam tu.

“Sekarang ni, kami adik beradik tak berani nak suarakan apa-apa sebab takut mak buang kami macam mak buang nenek. Aku pernah suruh mak berbaik dengan nenek, tapi mak cakap dia tak salah pun, patutnya nenek aku yang minta maaf kat dia.

“Aku tahu mak aku masih proceed nak kahwin. Tapi, dia buat senyap-senyap. Aku jumpa baju kurung putih dalam almari mak aku. Mak aku pun dah dapat surat pengesahan wali pakcik aku. Apa yang aku risau sekarang ni, keselamatan kami adik beradik terutamanya adik aku, sebab dia masih bersekolah,” luah pengadu lagi.

Baca Lagi:
“Aku percaya sangat dengan biras sampai dia sanggup tidur dengan suami berkali-kali, hancur hati aku bila aku dapat tahu”
Bangunan menara Serba Dinamik akan dijual pada harga RM38 juta, ini sebabnya
Pelajar KPTM cipta rekod MBOR, selamba tulis karangan kurang 2 jam dalam air
CATEGORIES