Aliff Aziz juara GV8

Aliff Aziz juara GV8

Aliff Aziz juara GV8. Peserta yang disebut-sebut sebagai anak emas Astro, Aliff Aziz akhirnya dijulang sebagai juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Selepas 10 minggu berentap, penyanyi kelahiran Singapura itu sebenarnya memecah jangkaan ramai apabila berjaya menundukkan lima peserta lain, terutama Nikki Palikat dan Suki Low yang disebut-sebut sebagai juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Pada persembahan akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi, Aliff menambat hati para juri dengan membawakan lagu Sampai Syurga serta duet bersama Hafiz Shuib menerusi lagu Dealova manakala saingan battle pula bersama Aweera menerusi lagu Budak Flat.

Berada di kedudukan naib juara pula ialah Nikki yang membawa pulang wang tunai RM50,000.

Tempat ketiga pula milik Suki yang berjaya membawa pulang RM30,000 dan Adibah Noor mengungguli tangga keempat dengan membawa pulang RM20,000.

Dalam pada itu, Azan Scan sekadar berpuas hati meraih kedudukan kelima dengan membawa pulang wang tunai RM15,000, manakala Aweera berada di tangga keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000.

Dikendalikan duo pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse, persembahan konsert akhir GV8 diadili tiga juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Joe Flizzow.

Leave a Reply

Your email address will not be published.