Aksi tidak senonoh lelaki onani dalam tren, lelaki gila seks diberkas

onani dalam tren

Aksi tidak senonoh lelaki onani dalam tren, lelaki gila seks diberkas.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang lelaki yang beronani ketika menaiki sebuah tren yang sesak dengan penumpang, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @ManusiaBiawak.

“Kejadian baru sahaja berlaku di hadapan saya. Hati-hati dengan orang ini,’’ demikian kapsyen pada ciapan berkenaan.

Rakaman menunjukkan seorang lelaki berkaca mata, berbaju putih dan memakai baju sejuk berwarna jingga sedang duduk di antara dua penumpang wanita.

Tangan kanannya dilihat memegang fail yang diletakkan di atas ribanya. Sebaliknya, tangan kiri lelaki itu dilihat sedang memegang kemaluannya.

Lelaki itu dilihat beronani sambil menutup kemaluannya menggunakan fail tersebut. Dia kelihatan tenang seperti tiada apa-apa yang sedang berlaku.

Perakam video berkenaan menjadikan rakaman tersebut sebagai bukti untuk diserahkan kepada polis.

Menerusi ciapan yang sama, sekeping gambar dimuat naik memaparkan lelaki berkenaan sudah ditangkap polis.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen kerana lelaki berkenaan dikatakan tular sebelum ini kerana melakukan perkara yang sama di tempat awam.

“Lelaki ini selalu dilihat. Biasa dia naik tren sekitar pukul 10. Dia pakai baju dan topi yang sama,’’ komen seorang netizen.

Baca lagi:

Pencuri bogel pecah masuk rumah gemparkan penduduk Shah Alam

Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

Gatal nak kahwin lain, suami gaji RM1800 je.. Isteri pertama mengamuk madu tiba-tiba mesej tuduh habiskan duit suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *