Umat Islam di Singapura sambut Aidilfitri Selasa 3 Mei, ini penjelasan Mufti

DB105485 5DD2 47F2 A182 4FDD1B4B07E2

Umat Islam di Singapura sambut Aidilfitri Selasa 3 Mei, ini penjelasan Mufti.

Seluruh umat Islam di Singapura secara rasminya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Selasa, 3 Mei ini, umum Mufti Singapura, Dr. Nazirudin Mohd Nasir.

Jelas Dr. Nazirudin, hal tersebut demikian kerana penampakan anak bulan Syawal (hilal) di negara tersebut masih belum kelihatan setakat menjelang Maghrib tadi.

“Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi dan tidak juga mencukupi syarat kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS.

DB105485 5DD2 47F2 A182 4FDD1B4B07E2

“Ini bererti esok adalah hari pencukup bulan Ramadan selama 30 hari dan awal bulan Syawal tahun 1443H iaitu Hari Raya Aidilfitri jatuh pada lusa, Selasa bersamaan 3 Mei 2022,” katanya.

Beliau mengumumkan pengumuman sedemikian menerusi siaran langsung di laman Facebook rasmi Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada pukul 8 malam tadi.

Sementara itu, seluruh umat Islam di Malaysia pula disahkan menyambut 1 Syawal pada 2 Mei esok, seperti mana yang diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

BACA JUGA :

Rasmi, Aidilfitri jatuh esok Isnin 2 Mei

Gatal nak kahwin lain, suami gaji RM1800 je.. Isteri pertama mengamuk madu tiba-tiba mesej tuduh habiskan duit suami

Bank Negara Malaysia umum 5 senarai penerima lesen bank digital

Leave a Reply

Your email address will not be published.