6 tahun hidup penuh rasa malu zakar tergantung pada lengan, kini lelaki ini terima zakar baru

6 tahun hidup penuh rasa malu zakar tergantung pada lengan, kini lelaki ini terima zakar baru

6 tahun hidup penuh rasa malu zakar tergantung pada lengan, kini lelaki ini terima zakar baru

Seorang lelaki di Britain yang mempunyai alat sulit tergantung di bawah lengan selama enam tahun akhirnya kembali menjalani kehidupan normal apabila organ tersebut berjaya diletakkan semula di tempat sepatutnya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Malcolm MacDonald, pada 2010 menghidap masalah jangkitan darah yang teruk sehingga mengakibatkan zakarnya ‘gugur’ ketika berada di dalam tandas.

Pada 2015, sepasukan doktor memberitahu bahawa MacDonald perlu menjalani pembedahan untuk memasang semula zakarnya.

man penis

Namun, disebabkan masalah kekurangan oksigen, doktor terpaksa memasang alat sulit MacDonald pada lengannya, yang menjadi permulaan kepada kehidupan yang penun rasa malu buat lelaki itu.

Disebabkan pandemik Covid-19, pembedahan itu terpaksa ditangguhkan sekali lagi sehingga Britain akhirnya menamatkan perintah berkurung yang memberi peluang kepada MacDonalds untuk menjalani pembedahan.

“Saya akhirnya berasa lega kerana alat sulit telah berada di tempat yang sepatutnya.

“Cuba anda bayangkan, hidup selama enam tahun dengan keadaan zakar yang tergantung pada lengan? Ia adalah satu mimpi ngeri. Namun kini, ia telah tiada,” ujarnya.

Zakar baharu MacDonald dihasilkan daripada daging dan ‘dipasang’ semula dalam satu pembedahan yang diketuai oleh Profesor David Ralph dari Hospital Kolej Universiti London.

Baca lagi: 

Aksi tidak senonoh lelaki onani dalam tren, lelaki gila seks diberkas

Vellfire lalu lorong kecemasan dihalang Myvi, dibalas balik ‘block’ tengah jalan dan akhirnya ini yang berlaku

[VIDEO] Lelaki tak berbaju duduk tengah jalan “punca jem”

CATEGORIES
TAGS