Aksi berani lagak adiwira penjaga palang lompat depan tren selamatkan penunggang motosikal

Aksi berani lagak adiwira penjaga palang lompat depan tren selamatkan penunggang motosikal

Aksi berani lagak adiwira penjaga palang lompat depan tren selamatkan penunggang motosikal. Aksi berani dan lagak adiwira seorang penjaga palang lintasan landasan kereta api di Lamongan, wilayah Jawa Timur menjadi tular di media sosial Indonesia selepas dia melompat di hadapan tren yang meluncur laju demi menyelamatkan seorang penunggang motosikal, lapor portal berita Okezone.

Berdasarkan video tular yang dikongsikan dalam akaun Instagram @kisahsemangat, seorang penunggang motosikal pada awalnya dilihat cuba melintasi landasan kereta api dan tidak menyedari sebuah tren sedang meluncur laju ke arahnya.

Meskipun kereta api sudah membunyikan hon dari jauh, penunggang motosikal itu dilihat tetap cuba melintas meskipun tren semakin dekat.

Aksi berani lagak adiwira penjaga palang lompat depan tren selamatkan penunggang motosikal

Melihatkan keadaan itu, penjaga palang yang berada di seberang jalan meluru lari ke arahnya dan cuba menghentikan tindakan penunggang motosikal tersebut.

Dia kemudian terjatuh dan nyaris dilanggar kereta api namun, terselamat meskipun mengalami kecederaan.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Masya Allah pak cik. Pak cik ini perlu diberi penghargaan @jokowi,” kata seorang netizen sambil menyebut akaun milik Presiden Joko Widodo (Jokowi).

“Info terkini adalah penjaga palang pagar kereta api itu mengalami patah tulang ketika terjatuh. Dia masih dirawat di hospital,” kata seorang lagi pengguna yang lain.

Baca Lagi:
Ketua Pejuang Muda Malaysia sah letak jawatan
Duit banyak simpan dalam stor, terpaksa panggil sekampung bantu tolong kirakan
Misteri kanak-kanak bergambar dengan wang berjuta-juta dalam bilik
CATEGORIES