Misteri kanak-kanak bergambar dengan wang berjuta-juta dalam bilik

Misteri kanak-kanak bergambar dengan wang berjuta-juta dalam bilik

Misteri kanak-kanak bergambar dengan wang berjuta-juta dalam bilik. Viral! Kaya sungguh rakyat Malaysia! Wang jutaan ringgit hanya dibawa di dalam beg pakaian dan beg plastik. Bukan kecil nilaiannya. Not-not juga dari nilaian terbesar yang ada di Malaysia – RM100 dan RM50 dan bukan setakat seikat malah hampir mengelilingi seorang kanak-kanak yang sedang duduk bersila.

Gambar seorang kanak-kanak perempuan bersama wang yang dianggarkan jutaan ringgit di dalam sebuah bilik hotel telah menggegarkan pengguna media sosial hari ini. Mengikut sumber, gambar ini diambil di ibu negara, Kuala Lumpur.

Misteri kanak-kanak bergambar dengan wang berjuta-juta dalam bilik

Jika dilihat pada gambar tersebut, kanak-kanak perempuan yang berusia antara empat hingga enam tahun itu hanya berpakaian baju tidur sedang duduk di lantai dan bersandar tepi katil. Terdapat sebuah beg besar yang dipenuhi not-not RM100 dan RM50 yang siap diikat dan disusun.

Beg besar tersebut seolah-olah baru tiba dari satu destinasi lain memandangkan terdapat tag daftar sebuah penerbangan tambah murah tempatan. Selain itu, terdapat seikat wang kertas RM1, RM5 dan RM10 yang diletakkan di atas not RM100 di dalam beg tersebut.

Di sebelah kanannya pula terdapat beg plastik putih yang besar juga dipenuhi sejumlah wang ringgit. Manakala di sebelah kirinya terdapat sejumlah wang lagi dari not RM50 dan RM100 yang setiap ikat sama tinggi dengan kedudukan beg besar yang terbuka itu. Di sebelah beg plastik itu pula terdapat satu lagi beg besar berwarna merah jambu.

Menjadi persoalan dan seribu pertanyaan, bagaimana dan kenapa wang begitu banyak boleh berada di dalam bilik hotel selain apakah tujuan dan kaitannya kanak-kanak tersebut diletak bergambar bersama wang-wang tersebut?

Lebih menimbulkan lagi tanda tanya, apakah motif penyebaran gambar tersebut. Adakah sekadar suka-suka atau ditujukan kepada seseorang. Sehingga kini ia belum diketahui.

Baca Lagi:
Janna Nick tayang gambar baring atas katil, berpeluk dengan teman lelaki
Hebatnya seorang isteri, wanita dukung suami turun dari tingkat 4 setiap kali ada rawatan hospital
Jiran minta aku hantar makanan , aku terkejut ada lelaki lain tengah bersama isteri dia
CATEGORIES