Ketua Pejuang Muda Malaysia sah letak jawatan

Ketua Pejuang Muda Malaysia sah letak jawatan

Ketua Pejuang Muda Malaysia sah letak jawatan. Ketua PEJUANG Muda Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin mengumumkan peletakan jawatannya, berkuat kuasa serta-merta.

Abu Hafiz berkata, beliau mengambil keputusan untuk mengemukakan surat peletakan jawatan selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan, termasuk rasa bertanggungjawab atas prestasi PEJUANG pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pejuang Muda Malaysia sah letak jawatan

“Semoga kepimpinan baharu sayap pemuda PEJUANG mampu mengemudi PEJUANG Muda dengan lebih baik dan cemerlang.
“Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, kepimpinan utama PEJUANG serta teman kepimpinan PEJUANG Muda Malaysia atas kepercayaan diberi bagi menggalas amanah sebagai Ketua PEJUANG Muda Malaysia.
“Pengalaman digarap selama ini akan dijadikan ilmu sangat berguna, insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada PRU15, Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding menggunakan logo PEJUANG, gagal mendapat sebarang kerusi meskipun meletakkan calon untuk bersaing di 125 kerusi.

Baca Lagi:
Duit banyak simpan dalam stor, terpaksa panggil sekampung bantu tolong kirakan
Misteri kanak-kanak bergambar dengan wang berjuta-juta dalam bilik
Cipta sejarah Malaysia, lelaki Pulau Pinang menang jakpot RM69,637,527.35 juta dengan modal RM50
CATEGORIES