Pesohor jelita ditemui mati ditembak di kepala dalam bilik tidur

Pesohor jelita ditemui mati ditembak di kepala dalam bilik tidur

Pesohor jelita ditemui mati ditembak di kepala dalam bilik tidur. Seorang pesohor media sosial ditemui mati di dalam bilik tidur kediamannya di Afrika Selatan dengan mengalami kecederaan akibat kesan tembakan di kepala, lapor akhbar The Sun semalam.

Maja Janeska, 39, meninggal dunia di kediaman mewah yang didiami bersama taikun rokok yang juga merupakan teman lelakinya, Kyle Phillips di Johannesburg dalam apa yang disifatkan keluarganya sebagai kematian misteri.

Pasukan polis dikerah ke rumah mewah di Bassonia Estate pada 2 Disember lalu di mana Maja, yang memiliki 1.2 juta pengikut media sosial diumumkan meninggal dunia.

Pesohor jelita ditemui mati ditembak di kepala dalam bilik tidur

“Sejurus tiba di alamat yang diberikan, polis menemui seorang wanita di dalam bilik tidur dengan terdapat kesan luka akibat tembakan pada kepalanya.
“Sepucuk senjata api turut ditemui di sebelah mayatnya. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik,” kata jurucakap polis, Leftenan Kolonel Mavela Masondo.

Menurut polis, kematian Maja tidak dianggap sebagai mencurigakan, namun ahli keluarganya berkata, wanita itu ada masanya berasa takut dengan kehidupannya selain rakan-rakan mangsa mendakwa dia tidak membunuh diri.

Menurut Kyle, dia ketika itu sedang memberus gigi di dalam bilik mandi apabila terdengar bunyi tembakan dari bilik tidur mereka.

Pesohor jelita ditemui mati ditembak di kepala dalam bilik tidur

“Kadangkala, Maja berasa takut akan kehidupannya. Teman lelakinya mempunyai beberapa orang yang bekerja untuknya dan Maja turut takutkan mereka,” kata seorang ahli keluarganya.

Seorang rakan baik Maja, Iva Ristic pula berkata: “Dia tidak membunuh diri, dia bukan orang yang begitu.

“Dia baru sahaja pulang dari satu lawatan diplomatik di Macedonia. Maja seorang wanita yang cantik, menghargai kehidupannya, berbakat dan bercita-cita tinggi,” katanya.

Siasatan bagi kes tersebut masih berjalan.

Baca Lagi:
Makin ramai orang jual emas berbanding beli emas
Ketua Pejuang Muda Malaysia sah letak jawatan
Duit banyak simpan dalam stor, terpaksa panggil sekampung bantu tolong kirakan
CATEGORIES