Akibat minyak masak mahal, Pemuda nekad makan bara kayu api

31831 pemuda maka bara api instagramatfaktaindo e1650669309659

Akibat minyak masak mahal, Pemuda nekad makan bara kayu api.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pemuda yang memakan bara kayu api sambil disaksikan oleh rakan-rakannya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video yang dirakam di dapur sebuah rumah itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakt.indo.

Dalam klip video berkenaan, kelihatan seorang pemuda bersama rakan-rakannya sedang mencangkung di hadapan longgokan kayu yang dibakar.

Lelaki itu mengambil sepotong kayu yang terbakar lalu apinya dipadamkan. Dia kemudian memakan bara kayu api itu .

Dia kemudian terus mengambil kayu api lain lalu memakannya sambil diperhatikan dan ditertawakan oleh rakan-rakannya.

Bukan itu sahaja, seorang rakannya malah menghulur sebatang kayu api kepadanya untuk dimakan. Dia kelihatan tidak mengalami kesan yang menyakitkan ketika memakan bara api itu.

Tindakan lelaki itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Akibat minyak masak mahal,’’ tulis seorang netizen.

“Macam tidak ada makanan lain,’’ komen netizen lain.

https://www.youtube.com/watch?v=8lkSWWj-JX8

Baca lagi:

Hakim : Netizen jangan melampau komen kes Bella

Duit raya : Ini cara senang tukar duit raya hanya di mesin ATM berdekatan

Dibuang kerja selepas buat aduan Jabatan Buruh kerana gaji berbeza dengan bangsa lain, akhirnya dapat habuan sebanyak RM5000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *