Tetamu majlis kahwin rasa ‘khayal’ rupanya pengantin perempuan letak ganja dalam makanan

tkiguuuuugnltsbmti38 e1650669959377

Tetamu majlis kahwin rasa ‘khayal’ rupanya pengantin perempuan letak ganja dalam makanan.

Seorang pengantin perempuan di Florida dan pembekal kateringnya ditangkap susulan jenaka yang menyaksikan mereka mencampurkan ganja dalam makanan tetamu semasa majlis perkahwinan pada Februari lalu, lapor media tempatan kelmarin.

Menurut dokumen mahkamah, pihak berkuasa tiba di majlis perkahwinan Andrew Svoboda dan Danya Svoboda selepas sebilangan tetamu menghubungi perkhidmatan kecemasan selepas berasa tidak sihat.

Bapa saudara pengantin lelaki, Douglas Postma memberitahu pekerja kecemasan bahawa jantungnya berdegup kencang dan dia mula khayal selepas makan salad Caesar, pasta serta roti.

Tetamu majlis kahwin rasa 'khayal' rupanya pengantin perempuan letak ganja dalam makanan

Keterangan itu serupa dengan keterangan tetamu lain pada majlis perkahwinan itu yang diadakan di bandar Longwood, utara Orlando.

Isteri Douglas pula terpaksa dimasukkan ke hospital di mana THC iaitu bahan psikoaktif ganja ditemui dalam darahnya.

Rakan pengantin wanita, Miranda Cady berkata, jantungnya terasa seperti akan berhenti selepas memakan roti bersama minyak zaitun

Dia bertanya kepada pembekal perkhidmatan katering, Joycelin Montrinice Bryant sekiranya dia meletakkan ganja di dalam makanan.

Joycelin mengaku berbuat demikian.

Pengantin perempuan juga mengesahkan bahawa makanan itu dicemari ganja dan teruja tentang jenakanya, demikian menurut keterangan Miranda kepada pihak berkuasa.

Danya dan Joycelin didakwa melanggar undang-undang negeri yang melarang mencemarkan makanan dan kesalahan ganja serta cuai.

Kedua-dua mereka membayar ikat jamin dan akan dibicarakan pada Jun ini, lapor stesen penyiaran CNN.

Baca lagi: 

Dibuang kerja selepas buat aduan Jabatan Buruh kerana gaji berbeza dengan bangsa lain, akhirnya dapat habuan sebanyak RM5000

Ambil kad nikah tanpa suami disisi hanya bertemankan ibu, undang netizen sebak

Aplikasi pintar ‘ResApp’ boleh kesan jangkitan Covid-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *