Akhirnya kerajaan Anwar Ibrahim bawa RUU355

Akhirnya kerajaan Anwar Ibrahim bawa RUU355

Akhirnya kerajaan Anwar Ibrahim bawa RUU355. Alhamdulillah tanpa perlu menghasut rakyat ke Padang Merbok, RUU355 akn dibentang ke Parlimen tahun ini. Rakyat hanya perlu pemimpin ‘walk the talk’ bukannya jenis pemimpin ‘No action talk only’ (NATO).

Sejak 2016 kononnya PAS ingin bentang pindaan RUU355 ke Parlimen. Apabila dibenarkan utk dibentangkan ke Parlimen Hadi Awang sendiri minta menangguh dahulu pembentangan RUU355 sehinggalah skg.

Pelik sdgkan puluhan ribuorg Melayu telah dibawa ke Padang Merbok. Selepas 4 tahun dari menjadi pembangkang hingga menjadi kerajaan selama 33 bulan, RUU355 tidak nampak langsung ada ura2 dibentangkan di Parlimen.

Akhirnya kerajaan Anwar Ibrahim bawa RUU355

Malah ketika menjadi kerajaan bila ditanya bila PAS ingin laksanakan hudud, jawab pemimpin PAS, Hassan Mohamood, “Jgn terpengaruh dgn suara2 sumbang atau dlm bahasa kasar, ‘suara syaitan’. Bila nak buat hudud? Ini jgn tanya (pelaksanaan hudud). Kita kena tanya apa yg patut kita buat sekarang?”

Saya tidak hairan kerana Presiden PAS sendiri bila disoal oleh wartawan mengenai Tragedi Memali di hadapan Dr Mahathir, beliau menganggap ianya sebagai soalan syaitan.
Nak harap pembangkang menyokong kerajaan utk bentang RUU355 ini? Jgn mimpi… yg pasti pembangkang pasti menyindir tindakan kerajaan.
Bila kita mahu laksanakan bermacam mcm sindiran. Bila kita tak buat dituduh barua Cina. Itu sikap mereka berpolitik mengatasi kepentingan agama atau menggunakan agama utk tujuan politik.

Apakah dalil mereka tidak membawa usul RUU355 ini dibentangkan ke Parlimen? Sudah kedengaran dalilnya, dulu mereka ingin bawa tapi Ismail Sabri bubarkan Parlimen.

Ye lah tu dah 33 bulan baru ingat nak bentang… kerajaan Madani baru 14 bulan sudah bersedia utk bentangkan tahun ini.

Disindir pula kenapa perlu kajian akhir? Kerajaan Madani tidak mahu seperti ADUN Kelantan meluluskan rang undang2 akhirnya dicabar Nik Elin disebabkan pertindihan kerana kedangkalan ilmu DUN Kelantan meluluskan.

Akhirnya Anwar Ibrahim org yg dihina, org yg dicaci bermacam mcm dgn panggilan Islam Liberal , tunduk pada Cina, nak serah negara pada Cina itu lah yg mahu RUU355 dibentangkan di Parlimen utk memperkasakan mahkamah syariah.

Sesi libat urus mengenai RUU Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) kini di peringkat akhir dan laporannya akn dibawa ke Kabinet dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Umat Melayu carilah pemimpin yg benar2 ikhlas, yg benar2 boleh buat kerja dan bukan jenis hanya berkempen menunggang agama dgn hukum hudud, RUU355, fitnah org Islam Liberal, Cina kafir harbi, Cina komunis hanya utk mendapat sokongan undi Melayu.

Mereka tahu ia fitnah tapi itu adalah selling point politik terbaik utk org Melayu. Cukup lahirkan persepsi perkauman dan fitnah… lumayan utk mendapat undi.

Akhirnya 33 bulan menjadi kerajaan apa mereka buat? Bawa RUU355… tiada, bawa hudud..tiada, kes Iki Putra ada mereka solat di depan Mahkamah… tiada, kes Adib ada diperjuangkan seperti mereka jadi pembangkang…tiada, haramkan konsert… tiada, haramkan nombor ekor… tiada!

Cukup2lah menjadi bahan mainan org2 politik. Kita tidak perlu pemimpin yg byk bercakap, beretorik, bagi cadangan yg kelihatan mudah tetapi apa yg diperkatakan itu tidak dilaksanakan.

Action speaks louder than words. Jgn sampai org menggelarkan kita sebagai ‘cakap tak serupa bikin’ apatah lagi dgn menjual ayat2 agama.

Sebenarnya mereka bukan sahaja menipu umat Melayu tetapi menipu Tuhan konon atas nama agama.

Baca Lagi:
Pengusaha ladang bunga kantan ‘pasrah’ terpaksa tebang semua pokok
“Money is king!”- Anak tiri Taib Mahmud makan burger cuci mulut guna duit
Wanita atur langkah selepas dapat tahu kekasih curang, warganet puji sebab tak meroyan tapi buat sampai kekasih kena tangkap basah
CATEGORIES