Ramai yang tak tahu khasiat ulam raja, rupanya boleh rawat penyakit 3 serangkai
Ramai yang tak tahu khasiat ulam raja, rupanya boleh rawat penyakit 3 serangkai. Selain menjadi pelengkap hidangan, ulam raja mempunyai khasiat tertentu pada kesihatan yang menyebabkan ia menjadi kegemaran ramai. Khasiat ulam raja yang tertumpu dalam perubatan tradisional juga, menjadikan ia bahan penting yang sering digunakan.
Melalui laman MySihat, terdapat beberapa khasiat ulam raja yang bagus untuk mengawal tiga penyakit serangkai yang popular. Tiga penyakit serangkai tersebut adalah hipertensi, diabetes, dan jantung. Jom baca khasiat ulam raja di bawah!
Sebelum itu, khasiat ulam raja untuk kesihatan memang tidak dapat diragukan. Namun, anda perlu terus memakan ubat-ubatan yang telah diberikan oleh doktor dan tidak berharap dengan ekstrak herba sahaja untuk sembuh.
Jadi, dapatkan nasihat dan pandangan daripada ahli perubatan sekiranya perlu.
1. Bagus untuk sistem perkumuhan
Pengambilan ulam raja dapat membantu meningkatkan fungsi hati dan menyokong fungsi pembuangan bahan kumuh yang terkumpul. Di mana, sistem perkumuhan melibatkan fungsi hati.
2. Menguatkan dan melindungi tulang
Ekstrak ulam raja dipercayai mampu memberikan perlindungan kepada tulang untuk mengelakkan tulang rapuh (osteoporosis). Selain itu, ekstraknya dapat membantu membaiki struktur asas tulang dan meningkatkan ketumpatan tulang agar lebih kuat dan stabil.
Bahkan, mengandungi sumber antioksida yang tinggi.
3. Mengawal tekanan darah tinggi
Ekstrak ulam raja dapat digunakan sebagai salah satu alternatif bagi mengurangkan dan mengawal bacaan tekanan darah tinggi, berikutan ia mempunyai tindak balas anti-diuretik. Khususnya kepada golongan pre-hipertensi yang tidak bergantung kepada sebarang ubat.
4. Kesihatan jantung
Ulam raja kaya dengan sumber komponen bioaktif seperti asid askorbik, asid klorogenik, quercetin, proanthocyanidin serta mengandungi kalori yang rendah dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Kesemua komponen tersebut bermanfaat mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, bahkan diabetes dan darah tinggi.
5. Paras gula dalam darah dapat dikawal
Terdapat kajian yang membuktikan bahawa, pengambilan ulam raja secara konsisten dalam kuantiti 15 gram setiap hari dapat membantu mengawal paras bacaan glukosa dalam darah daripada meningkat.
Di mana, ulam raja boleh membantu meningkatkan paras sensitiviti insulin iaitu sejenis hormon yang bertanggungjawab untuk mengawal paras gula dalam darah.