Macam dalam tv, pencuri pecahkan dinding tandas kedai curi 436 buah IPhone bernilai RM2.2 juta

Macam dalam tv, pencuri pecahkan dinding tandas kedai curi 436 buah IPhone bernilai RM2.2 juta

Macam dalam tv, pencuri pecahkan dinding tandas kedai curi 436 buah IPhone bernilai RM2.2 juta. iPhone sememangnya menjadi buruan ramai berikutnya modelnya yang premium dan juga mempunyai nilai jual semula yang tinggi. Siapa sangka sekumpulan pencuri nekad pecahkan dinding untuk mencuri sejumlah iPhone seakan dalam filem aksi.

Insiden ini berlaku di Seattle, Amerika Syarikat yang mana dilaporkan telah dilakukan oleh 2 orang pencuri dengan memecahkan dinding sebuah kedai kopi yang bersebelahan dengan Apple Store menerusi ruang tandas.

Difahamkan pencuri berjaya melarikan sebanyak 436 unit iPhone yang dianggarkan bernilai $500,000 (~RM2,2 juta).

Macam dalam tv, pencuri pecahkan dinding tandas kedai curi 436 buah IPhone bernilai RM2.2 juta

Eric Mark selaku pengurus runcit kedai kopi di situ berkata beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana stor jagaannya itu diceroboh selepas mendapat panggilan daripada pihak berkuasa.

Hal ini kerana kedai yang diselianya itu hanya menjual kepada pelanggan sangat spesifik. Selepas berbincang dengan polis, beliau mengesahkan premis perniagaannya digunakan sebagai laporan pencuri untuk sampai ke Apple Store yang bersebelahan dengannya.

Beliau percaya bahawa terdapat seseorang individu yang arif dengan selok belok stor bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan tersebut. Pihak polis bagaimanapun masih melakukan siasatan dan belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan insiden itu.

Baca Lagi:
Ikan koi paling mahal di dunia ditemui bernilai RM7.27 juta, rupanya ini sebab jadi mahal
Berjaga-jaga! MetMalaysia ramal cuaca panas 9 kawasan di Malaysia bakal cecah 37 darjah Celsius selama tiga hari
Hantaran RM30,000 aku sanggup tunaikan, tapi masa makan beradab tiba-tiba isteri bisik sesuatu sampai aku tak jadi nak makan habis..
CATEGORIES