Ikan koi paling mahal di dunia ditemui bernilai RM7.27 juta, rupanya ini sebab jadi mahal

Ikan koi paling mahal di dunia ditemui bernilai RM7.27 juta, rupanya ini sebab jadi mahal

Ikan koi paling mahal di dunia ditemui bernilai RM7.27 juta, rupanya ini sebab jadi mahal. Jepun. S Legend atau lebih dikenali ikan koi warna putih dan merah menjadi ikan hidup paling mahal pernah dijual.

Harga ikan sepanjang 101 sentimeter itu, bernilai AS$1.8 juta (RM7.27 juta) berbanding rekod dahulu bernilai lebih AS$1.3 juta (RM5.43 juta).

Ikan koi jenis Kohaku ini dari baka berkualiti, dibeli oleh seorang pengumpul dari Jepun ketika satu acara bidaan di pusat ternakan ikan Saki di Hiroshima.

Ikan koi paling mahal di dunia ditemui bernilai RM7.27 juta, rupanya ini sebab jadi mahal

Memiliki kualiti terbaik, ikan koi betina berusia sembilan tahun ini pernah memenangi hadiah pertama dalam pertunjukan ikan koi berprestij malah disebut akan mengekalkan kejuaraan pada tahun ini.

Peminat dan pengumpul koi kini dijangka terbang dari seluruh dunia untuk melihat ikan paling mahal itu.

Ikan koi mempunyai lebih 12 jenis di mana Kohaku adalah ikan koi yang paling popular dan paling berharga.

Jepun adalah pengeluar ikan koi terbesar di dunia dengan 90 peratus pengeluaran bertujuan untuk eksport.

Pada tahun 2016, eksport Koi menguntungkan lebih daripada AS$35 juta (RM146 juta). – Odditycentral

Baca Lagi:
Peniaga lemang naik hantu, pelanggan lempar lemang tak masak
Anis Sofea padam semua gambar di Istagram, hanya tunjuk gambar free hair – Apa dah jadi dengan isteri Haqiem Rusli?
Orang lain sibuk berhari raya, tapi ‘Mak Wan’ sambut raya dengan cara lain
CATEGORIES