Kecoh Agamawan dakwa pedang Umar bin Al-Khattab r.a beratnya 276.1 Kilogram
Kecoh Agamawan dakwa pedang Umar bin Al-Khattab r.a beratnya 276.1 Kilogram.
Pedang Umar: 276.1 kilogram atau 1.276 kg?
Ada agamawan mendakwa pedang Umar bin al-Khattab r.a. beratnya 276.1 kilogram. Rujukannya katalog Muzium Topkapi Turkey versi Bahasa Arab.
Saya sangat ragu dengan fakta aneh tersebut. Saya buat sedikit pencarian di internet, dan terjumpa keratan katalog dalam Bahasa Turkey, bahasa asal katalog tersebut.
Ternyata berat sebenarnya yang tertulis ialah 1,276 gram.
Bukannya 276.1 kilogram!!! Itu tidak logik.
Sebab itu, dengan sedikit akal dan logik yang Allah kurniakan, jangan semua yang kita baca kita terus percaya dan membodohkan orang yang tidak percaya.
(Maklumat tambahan: Tanda titik di negara Eropah adalah tanda koma untuk negara kita. Jadi, 1.276 gram dalam tulisan Bahasa Turkey maksudnya 1,276g dalam bahasa kita).
Baca lagi:
Berang suami tak bagi kerjasama jalin hubungan intim, wanita amuk guna pedang samurai
Pedang milik Salahuddin Al-Ayubi tertajam di dunia
Buah zakar bekas bintang bola sepak Jerman ini terpaksa dibuang akibat salah terjun