Pedang milik Salahuddin Al-Ayubi tertajam di dunia

Pedang milik Salahuddin Al-Ayubi tertajam di dunia

Pedang milik Salahuddin Al-Ayubi tertajam di dunia.

Dalam lipatan sejarah, terdapat satu mitos mengenai kewujudan senjata yang boleh membelah batu dalam satu libasan. Menurut pakar sejarah & pengkaji pedang, Prof Dr Peter Paufler, terdapat satu pedang yang terbukti mempunyai kebolehan dalam membelah objek keras . Itulah pedang yang pernah dimiliki Salahuddin Al-Ayubi. Kewujudan pedang ini menjadi salah satu warisan agung bagi umat Islam.

Ia merupakan pedang paling tajam yang pernah direkodkan dalam sejarah. Ia turut dipersetujui oleh ahli kimia serta pemenang Anugerah Nobel, Robert Curl serta segenap pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah, mampu membelah perisai, pedang, dan batu tanpa memberi kesan atau menumpulkan pedang itu sendiri. Ia juga dikatakan mampu memotong kain sutera yang dilempar ke udara. Pedang legenda ini dibuat dengan kemampuan yang boleh mengalahkan kehebatan pedang Katana dari Jepun serta pedang Excalibur milik Raja Arthur.

Pedang asli milik Salahuddin Al-Ayubi ini juga mempunyai bentuk melengkuk yang tersendiri. Ia juga boleh dibezakan dengan corak seakan air mengalir di sepanjang pedang. Apa yang menariknya, corak ini bukanlah diukir di atas pedang, tetapi corak ini terhasil secara semulajadi semasa proses pembuatannya.

Pedang milik Salahuddin Al-Ayubi tertajam di dunia

Dengan penyelidikan yang lebih terperinci, pengkaji mendapati pedang ini dibuat menggunakan teknik penempaan besi “Damacusss” iaitu dengan memasukkan tiub nano karbon (CNT) pada pedang bagi membuatkan pedang lebih tajam dan ringan. Rahsia dalam teknik pembuatan pedang ini begitu dikagumi oleh pengkaji Barat serta pengkaji metalurgik moden. Pada zaman moden ini, pakar metalurgik masih tidak boleh menghasilkan pedang yang dilengkapi dengan teknologi nano yang telah dibuat ketika zaman peradaban Islam lampau antara abad ke 11 hingga 12.

Apa Itu Tiub Nano Karbon (CNT)?

Penemuan CNT dalam pedang Salahuddin Al-Ayubi membuktikan kualiti teknik penempaan besi serta kemajuan teknologi Islam pada 2000 tahun dahulu. CNT ialah rantaian atom karbon yang berhubung sesama sendiri sehingga menghasilkan bentuk silinder heksagon dengan diameter sekecil 1 hingga 2 nanometer. CNT berbentuk silinder ini boleh memanjang sehingga dua hujung bertemu. Dengan gambaran lain, ia boleh diibaratkan seperti sebuah tiub yang bertemu pada hujung dan pangkalnya. Kelebihan CNT ini juga terletak kepada kekuatannya iaitu sebanyak 10 kali ganda berbanding besi biasa. Karbon nano ini juga boleh bertahan pada suhu tinggi serta lebih ringan daripada aluminium.

Pedang milik Salahuddin Al-Ayubi tertajam di dunia

Elemen utama dalam penghasilan pedang menerusi teknologi “Damascus” ialah gabungan besi yang dipanggil ‘wootz’. Ia merupakan gabungan besi dengan peratusan karbon yang berbeza. Selain itu, elemen lain seperti kromium, manganese, serta kobalt juga dicampurkan bagi meningkatkan lagi kekuatan, ketajaman dan tahap fleksibiliti pedang. Pedang dengan ciri-ciri istimewa ini telah menjadi saksi kepada kepimpinan Salahuddin Al- Ayubi ketika mengetuai bala tentera Islam dalam Perang Salib sekitar abad ke-12. Bukan itu sahaja, perisai dan baju besi Salahuddin Al-Ayubi juga dibuat khas dengan menggunakan teknik yang sama seperti pembuatan pedangnya.

Pedang milik Salahuddin Al-Ayubi tertajam di dunia

Teknik pembuatan pedang seperti milik Salahuddin Al-Ayubi ini telah tersimpan sebagai rahsia sejak dahulu. Ilmu pembuatan ini hanya diturunkan dan dikuasai oleh sebilangan keluarga kecil penempa besi di Damascus. Dengan pelbagai penemuan baru dalam pembuatan besi, akhirnya teknik pembuatan besi ini terus dilupakan sejak abad ke-18. Pembuatannya juga dikatakan terhenti kerana kehabisan sumber besi dari elemen ‘wootz’ yang didatangkan khas dari India. Apa yang tersisa hanyalah pedang serta senjata perang lain yang tersebar di muzium seluruh dunia. Sehingga kini, para saintis dan pakar pembuat senjata masih tidak dapat menghasilkan pedang dengan kualiti yang setanding dengan pedang Salahuddin Al-Ayubi.

Baca Lagi:

Wanita curi pesanan foodpanda orang lain di hospital ketika teman ibu

Penumpang OKU kecewa ditinggalkan dalam pesawat selama satu setengah jam

[VIDEO] Laungan tolak wahabi oleh sekumpulan lelaki ‘menggegarkan’ forum dihadiri Dr Maza di Kelantan

CATEGORIES