5 hari lagi nak nikah, aku terpaksa batalkan semuanya selepas terbongkar sesuatu dari bekas isteri tunang aku

5 hari lagi nak nikah, aku terpaksa batalkan semuanya selepas terbongkar sesuatu dari bekas isteri tunang aku

5 hari lagi nak nikah, aku terpaksa batalkan semuanya selepas terbongkar sesuatu dari bekas isteri tunang aku. Lagi dekat majlis tunang aku tiba – tiba kata ada masalah duit. Aku beralah, aku suruh sediakan 2k je termasuk duit cincin dan gelang. Masa nak beli cincin dan gelang, dia kata bawak rm500 je. Aku beralah lagi. Tapi masa balik aku tiba – tiba tersedar. Aku cakap dekat mak ayah aku, tak jadi kahwin..

#Foto sekadar hiasan. Aku tergerak hati nak kongsi kisah aku kat sini. Aku Nina berumur 35 tahun. Dah sebulan berlalu. Sepatutnya aku dalam fasa honeymoon. Tapi aku putvskan pernikahan 5 hari sebelum hari nikah.

Kenapa aku putvskan? Sebab akhirnya terbongkar yang bakal suami aku tipu aku. Lagi dekat nak tarikh nikah, Hafiz (bakal suami aku) tiba – tiba ada banyak masalah duit. Aku dah beralah dengan aku tak minta duit hantaran.

Cukup sekadar mas kahwin, baju nikah, bayaran tok kadi dan duit makan 100 tetamu. Anggaran lebih kurang RM2k sahaja. Aku fikir tak nak bebankan dia dan nak buat benda baikkan. 6 hari sebelum tarikh nikah. Keluarga aku kena keluar duit makan. Dia kata takde duit.

5 hari lagi nak nikah, aku terpaksa batalkan semuanya selepas terbongkar sesuatu dari bekas isteri tunang aku

Takpe aku beralah lagi. Aku yang beli baju kahwin. Bila tiba time beli cincin dan gelang emas. dia kata dia bawa RM500 je. Aku masih diam waktu tu. Masa nak bayar beli cincin sahaja harga RM1k. Tapi guna duit aku. Waktu tu aku tak terfikir apa – apa pon.

Balik je dari beli barang, aku terus tiba – tiba tersedar. Eh kenapa aku yang keluar duit beli emas. Terus aku whatsapp dia. Tapi dia tak baca. Off hanphone. Aku solat taubat dan solat istikharah bagi tenangkan hati. Esok pagi ye kepala aku berat giIer.

Aku pergi kat mak ayah cakap tak nak kahwin. Aku call dan whatsapp dia langsung tak berjawab sebab dia off hp. Aku susah hati. Aku ajak ayah dan adik aku pergi tempat kerja dia. Sampai tempat kerja dia, HR tu kata last dia kerja tahun 2019.

Ya Allah terkejut ye kitorang. Dia tipu aku dan family aku ker? Balik tu aku terus batalkan nikah. Waktu tu aku pilih malu tak jadi kahwin dari aku teruskan kahwin dengan penipu. Tipu lah kalau kata aku tak sedih. Malam sehari sebelum tarikh aku nikah, aku contact dia dalam kol 11 malam. Aku tanya dia kenapa tipu aku.

Dia kata mane ada tipu, dia cuma kerja banyak tempat. Aku cakap kat dia pergi la kerja sebab waktu apply tarikh kahwin dia kata dia bz kerja. Jadi dah tak jadi kahwin. Pergi la kerja. Tiba – tiba dia kata takde kerja. Eh. Aku dah pelik masa ni.

Lepas tu dia pujuk kahwin dengan dia. Kebenaran kahwin 90 hari kan. Masih boleh nak nikah. GiIer ker laki ni. Mak ayah aku mungkin tak akan setuju kali ni. Mana nak letak muka kat tok kadi, kat saud4ra mara, kawan – kawan.

Dia senang – senang je suruh kahwin balik. Tak payah ajak orang lain. Esoknya aku jadi susah hati balik. Sedih la kan. Sepatutnya hari tu hari aku nikah. Aku call dan whatsapp dia pagi tu tapi tak berangkat. Eh dia ni langsung tak sedih ker. Bukan ker patut yer pagi ni kita nikah. Kecewa.

Aku nekad aku cari nombor bekas isteri dia. Aku jumpa terus aku whatsapp elok – elok siap bagi salam. Tapi bekas isteri dia terus tanya aku tanpa baIas salam aku. “Dia ada ‘bersama’ awak ker? Dia ada ambil duit awak ker?

Awak tau ker dia ada isteri lagi satu? Ya.. saya bekas isteri. Tapi malam tadi kami ‘bersama’.” Eh dia ni kenapa reply macam tu. Aku jadi curious. Terus aku video call dengan dia dan bekas isteri dia. Nampak la dorang macam marah aku.

Aku cakap, “bukan salah aku dan tak perlu ser4ng aku. Sekarang ni aku yang cari korang. Bukan korang yang cari aku.” Baru lah dorang tenang sikit. Aku cerita la tujuan aku cari dorang. Sebenarya aku nak tau sangat dia kerja apa sampai tipu aku.

Rupanya selama ni dia tak kerja. Dia banyak perempuan, selalu rosakkan anak d4ra orang dan ambil duit perempuan yang dia rosakkan tu. Aku terk3jut giIer Selama ni aku bercinta dengan penjahat, per0goI. Alhamdulillah Allah lindung aku sebab dia langsung tak sentuh aku.

Pernah dulu dia ada kata penampilan aku tak menarik (aku pakai tudung labuh, baju pon labuh) dan takde lelaki nak tengok aku. Waktu tu aku tanye dia kenapa nak kahwin dengan aku kalau aku tak menarik. Dia jawab sebab hati aku baik. Poodahh, lakonan je tu. Aku rase sebab duit.

Time video call tu pon aku baru tau yang dia tak pernah bagi nafkah kat isteri – isteri dia dan anak – anak dia. Selalu menghilangkan diri, selalu nak tangan dekat isteri – isteri dia, penipu, cerita fitnah keluarga, selalu curi duit.

Aku jadi speechless. Lepas tu isteri yang ada sekarang kena tinggal 4 bulan tanpa nafkah. Yang bekas isteri jumpa selalu sebab nak puaskan nafsu (dorang cerai secara fasakh. Maksudnya dorang kena akad nikah balik tapi dorang tak buat pon)

Mungkin ada yang tertanya kenapa aku dan dia dapat kebenaran kahwin dari jawi (status dia duda, aku anak d4ra). Rupenya dorang kahwin kat siam. Dua – dua perkahwinan dia kahwin kat siam. Yang pertama ada rekod sebab dah keluar anak sebelum kahwin.

Lagi satu sebab tak nak isteri pertama tahu. Jadi sebab tu aku tahu kewujudan bekas isteri je tanpa aku tahu ada lagi satu isteri. Doakan aku boleh lupakan pasal dia buat z1na dengan bekas isteri dia (dorang cerai secara fasakh).

Sebab ni lah penguat faktor aku rase jijik dengan dorang, rase jijik aku penah bercinta dengan dia. Sampai aku susah nak terima yang diri aku penah bercinta dengan dia. Perkara ni je yang susah aku nak move on. Doakan lah aku boleh lupakan kisah ni. Alhamdulillah Allah selamatkan aku dari berkahwin dengan per0goI, penjahat, penipu ni.

Pengajaran dekat sini:

1) Solat dan doa banyak – banyak kat Allah ta’ala. Aku kerap sangat susah hati bab kahwin ni. Bila aku cakap kat laki tu. Dia kata s3tan hasut aku. Rupe ye dia la s3tan. Aku selalu minta kat Allah. “Ya Allah, aku tak kenal dia sangat. Aku minta tolong padaMu petunjuk, jawapan patut ker aku kahwin dengan dia”

2) Jangan disebabkan umur dah 35 tahun desperate nak kahwin sampai pakai ambil sahaja siapa – siapa yang masuk meminang. Kena buat background check thoroughly. Jangan sesekali skip benda ni.

3) Don’t settle for less. Aku ada degree. Lelaki tu sampai UPSR je. Nampak b0doh ye aku.

4) Please listen to your parents, your siblings dan bff. Dorang just want u happy. Kahwin dengan orang yang betul. Bukannya dengan penjahat. Terima kasih kepada ayah dan kakak aku yang tak serik – serik suruh aku fikir dan doa banyak kali.

5) Tengok effort laki tu. Ada tak dia nak keluar duit untuk kahwin. Kes aku ni, lepas aku beli baju kahwin, baru aku tersedar. Eh kenapa aku yang keluar duit beli cincin emas, beli baju kahwin, kataring, goodies. Seolah – olah aku baru tersedar dari ‘mimpi’.

Terus aku teringat dalam kereta nampak dia terkumat kamit. Aku cakap baca ape. Dia kata takde ape. Aku rasa dia baca sesuatu untuk puk4u aku.

6) Love yourself. Aku slowly belajar menerima takdir aku. Belajar mencintai diri aku. Aku tak nak kahwin untuk bercerai. Aku tak nak kena pukuI dengan suami. Aku tak nak aku kena kerja untuk biawak hidup. Aku tak nak diri aku sedih. S4kit, Kecewa. Takpelah kalau tak kahwin lagi. Janji aku tak s4kit disebabkan berkahwin dengan orang yang salah.

7) Carilah suami yang boleh jadi ayah yang baik untuk anak – anak kita nanti, menantu yang baik untuk mak ayah kita. Thank you pada kaunselor talian 15555 HEAL yang bagi cadangan untuk aku buat luahan kat sini. Terima kasih kerajaan kerana sediakan kaunselor percuma untuk rakyat Malaysia.

Memang aku down sangat sampai menangis tak berhenti, takut, kecewa, gelisah. Sedikit sebanyak bila dah luahkan pada kaunselor, ringan sikit beban di mentaI dan hati aku. – N (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Shikin Ilyas : Tu la gunanya kahwin dengan saluran yang betul, bukan kahwin kat siam. Supaya perkahwinan tak senang – senang dibuat mainan, kahwin cerai sesuka hati, dig4ntung tak bertali, nafkah cuai. Nak mengadu kat kadi pun tak boleh sebab tak daftar. Tapi peliknya ramai pulak laki – laki yang sokong kahwin kat siam ni dengan alasan untuk elak z1na, kenapa susahkan perkara baik bla bla bla

Norun Saarani : Alhamdulillah Allah tunjukkan dik. Sebelum kahwin banyak – banyaklah berdoa, istikharah dan minta petunjuk Allah kerana Allah saja yang mengetahui apa yang tak kita ketahui. Sila putvskan terus semua bentuk perhubungan dengan lelaki tersebut. Memang Allah kurniakan lelaki yang lebih baik. Adik yakinlah pasti Allah datangkan yang lebih baik.

Nora Mohd Junos : Alhamdulillah selamat. Pergi tenangkan hati. Me time. Jelajah dunia yang luas ni. Pergi ke tempat – tempat menarik di dalam atau di luar negara. Banyak benda nak buat selagi ada nafas ni. Luas perjalanan maka luas pandangan.

Baca Lagi:
Pandai buat untung, lelaki beli 200 buah Land Rovers Defenders 8 tahun lepas, kini dijual semula harga bernilai RM1.16 juta sebuah
Aksi lelaki panjat pagar jiran buat ramai bersangka buruk, rupanya dia berniat baik
Pemain bola terkaya di dunia Faiq Bolkiah mampu kalahkan Messi dan Ronaldo, rupanya anak kerabat diraja
CATEGORIES