Pasangan muda kini dah mula takut nak anak ramai sebab ini..

Pasangan muda kini dah mula takut nak anak ramai sebab ini..

Pasangan muda kini dah mula takut nak anak ramai sebab ini… Rata-rata pasangan muda yang baru melayari bahtera perkahwinan di negeri ini juga memilih untuk tidak mempunyai cahaya mata yang ramai.

Ini ekoran kos sara hidup semakin hari semakin tinggi, berikutan peningkatan harga barang dan perkhidmatan yang dilihat bagaikan tiada kesudahan.

Menurut seorang suri rumah yang mahu dikenali Nurul Amira, 28, dia melangsungkan perkahwinan dengan suami ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lalu.

Pasangan muda kini dah mula takut nak anak ramai sebab ini..

Gambar hiasan

Ujarnya, selepas setahun berkahwin mereka dikurniakan seorang anak perempuan di saat suaminya ‘terumbang-ambing’ akibat diberhentikan kerja ekoran pandemik.

“Sekarang suami sudah dapat kerja sebagai pembantu kedai makan di Singapura dengan pendapatan kira-kira RM3,500 sebulan.
“Dengan kos sara hidup ketika ini, kami sekeluarga perlu membuat perancangan termasuk jumlah anak.
“Kos sara hidup di Johor Bahru ini agak tinggi, harga barang saban tahun meningkat, ditambah pula kadar sewa rumah teres antara RM1,000 hingga RM1,300 sebulan.
“Ini anak belum bersekolah lagi. Jika bersekolah, komitmen semakin bertambah.
“Jadi kami merancang untuk tidak mahu memiliki anak yang ramai, dalam dua atau tiga orang cukup memadai,” katanya.

Sementara itu, seorang kakitangan awam yang mahu dikenali sebagai Mohd. Azwan, 30, berkata, dengan pendapatan kurang RM4,000 sebulan, kehidupannya diibaratkan se­perti ‘nyawa-nyawa ikan’.

Jelasnya, dia dikurniakan empat anak berusia antara dua hingga lapan tahun setelah enam tahun berkahwin.

“Seorang anak saya bersekolah dalam darjah dua, manakala yang umur empat dan enam tahun di prasekolah dan tadika, anak bongsu dijaga isteri.
“Untuk ada anak dalam masa terdekat ini, kami tangguh dahulu atas faktor kos perbelanjaan bulanan yang agak tinggi sejak kebelakangan ini,” katanya.
Baca Lagi:
Kisah pegawai bank curi 1 sen setiap hari sehingga jadi jutawan
Tiga pasport dari negara Asia ini paling berkuasa tahun 2023
“Salam Sol”, pemuda dagu belah minta izin mahu jadikan ‘bidadari cantik’ Puteri Sarah sebagai isteri
CATEGORIES