4 senarai ‘kereta kebal’ yang perlu ada dalam skuad Harimau Malaya

4 senarai ‘kereta kebal’ yang perlu ada dalam skuad Harimau Malaya

4 senarai ‘kereta kebal’ yang perlu ada dalam skuad Harimau Malaya. Empat ‘kereta kebal’ iaitu Matthew Davies, Shahrul Saad, Dion Cools dan La’Vere Corbin Ong dilihat menjadi antara tonggak yang perlu ada dalam skuad Harimau Malaya untuk saingan Piala Asia 2023.

Mereka yang membantu skuad negara mara ke Piala Asia 2023 secara merit tidak berada dalam skuad Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 yang menyaksikan pasukan kebangsaan terkandas di pusingan separuh akhir.

Bagaimanapun, ketiadaan mereka di pentas Piala AFF 2022 memberi peluang kepada beberapa pemain lain seperti Sharul Nazeem Zulpakar, V Ruventhiran dan Azam Azmi Murad membuktikan keupayaan beraksi di pentas antarabangsa.

Davies, Shahrul, Cools dan Corbin Ong yang masih dianggap sebagai antara pertahanan terbaik buat skuad Harimau Malaya ketika ini mampu memperkuatkan lagi benteng untuk Piala Asia 2023, apatah lagi ia pertandingan lebih tinggi daripada Piala AFF.

4 senarai 'kereta kebal' yang perlu ada dalam skuad Harimau Malaya

Justeru, kehadiran mereka bakal memberikan nilai tambah yang besar buat skuad kendalian Kim Pan Gon selain membentuk kekuatan yang sama antara pemain utama dan simpanan.

Ia mungkin selaras dengan pendapat legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail kepada BH Sukan, sebelum ini yang mana untuk Piala Asia 2023 nanti, dia berkata pemain simpanan perlu memiliki keupayaan setaraf dengan tonggak utama.

Bahagian pertahanan dilihat menjadi kelemahan skuad Harimau Malaya pada Piala AFF 2022 terutama ketika anak buah Pan Gon tewas di tangan dua gergasi Asia Tenggara, Vietnam dan Thailand.

Pemain tengah, Nor Azam Azih dan Syamer Kutty Abba juga harus berada dalam skuad ke Piala Asia 2023 dengan mereka boleh membentuk pilihan besar buat Pan Gon di posisi itu selepas prestasi memberansangkan dipamerkan oleh Stuart Wilkin, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Brendan Gan pada Piala AFF 2022.

Bagi bahagian serangan pula, jentera peledak skuad Harimau Malaya boleh tampil dengan lebih berbisa untuk kejohanan Piala Asia dengan kehadiran semula pemain seperti Arif Aiman Hanapi, Syafiq Ahmad dan Mohamadou Sumareh yang tidak beraksi di Piala AFF 2022.

Gerakan lebih berkesan mungkin boleh dilaksanakan barisan hadapan skuad Harimau Malaya selepas Faisal Halim dan Darren Lok dilihat paling menyerlah sepanjang Piala AFF 2022 selain Sergio Aguero menjadi pemain gantian penting di posisi itu.

Baca Lagi:
Kanak-kanak lelaki 4 tahun didera, dipukul dan dibuang tepi jalan raya
Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun
Zahid umum perlantikan Pengerusi Majlis Ulama UMNO
CATEGORIES