33 kali lebih besar daripada matahari, lubang hitam terbesar ditemui

33 kali lebih besar daripada matahari, lubang hitam terbesar ditemui

33 kali lebih besar daripada matahari, lubang hitam terbesar ditemui. Ahli astronomi dari Agensi Angkasa Eropah (ESA) telah mengumumkan penemuan lohong hitam terbesar di dalam Bima Sakti.

Lohong hitam BH3 terletak berhampiran buruj Aquila dan berjarak lebih 1926 tahun cahaya dari bumi dengan saiznya 33 kali ganda lebih besar daripada matahari.

Penemuan ini dilakukan oleh teleskop angkasa lepas Gaia yang dilancarkan oleh ESA pada tahun 2013 untuk mengambil gambar berbilion bintang.

33 kali lebih besar daripada matahari, lubang hitam terbesar ditemui

Saintis telah mengesan pergerakan pada bintang di dalam buruj Aquila yang menunjukkan kehadiran lohong hitam berdekatan.

Kemudian, dengan bantuan Very Large Telescope (VLT) yang terletak di Chile, kehadiran BH3 telah disahkan berserta dengan saiznya.

Selain BH3, teleskop Gaia juga telah mengesan dua lohong hitam lain di dalam Bima Sakti.

Lohong hitam BH1 ditemui di buruj Ophiuchus yang berjarak 1560 tahun cahaya dari bumi. Manakala, lohong hitam BH2 pula ditemui di buruj Centaurus yang berjarak 3800 tahun cahaya dari bumi.
Dipercayai bahawa terdapat lebih daripada 100 juta lohong hitam di dalam Bima Sakti.

Walaupun terdapat dalam jumlah yang besar, lohong hitam sukar dikesan kerana ia menyerap cahaya, menjadikannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Baca Lagi:
‘Rezeki tak salah alamat’- Budak-budak tunggu depan rumah dapat duit raya daripada kereta sangkut jem
“Abah bagi RM500 untuk kami pergi selamanya sebab abah nak kahwin janda anak 2, sekarang tiba-tiba abah balik cari kami..”
Suami enggan balik beraya di kampung isteri di Kelantan, disuruh isteri balik sendiri hadap jem 10 jam
CATEGORIES