Wanita boleh gelak bila rantai emas kena ragut, rupanya peragut kena tipu

Wanita boleh gelak bila rantai emas kena ragut, rupanya peragut kena tipu

Wanita boleh gelak bila rantai emas kena ragut, rupanya peragut kena tipu. Seorang wanita di Vietnam dilihat tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya, lapor The Thaiger.

Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang menyapu sampah di halaman luar rumahnya.

Reaksi yang ditunjukkan wanita tersebut telah membuatkan ramai orang kehairanan.

Wanita boleh gelak bila rantai emas kena ragut, rupanya peragut kena tipu

Menurut The Thaiger, wanita tersebut ketawa kerana rantai leher yang dikatakan bernilai USD1,060 (RM4,980) dilarikan peragut itu sebenarnya adalah palsu.

Video rakaman kejadian itu telah tersebar di media sosial dan dengan pantas telah menjadi tular.

Video itu pada awalnya menunjukkan seorang wanita dengan santai sedang menyapu sampah di jalan hadapan rumahnya.

Secara tiba-tiba seorang peragut yang menaiki motosikal bertindak menghampiri wanita berkenaan.

Peragut tersebut dengan pantas menyentap rantai emas itu dan terus melarikan diri.

Berdasarkan rakaman itu lagi, wanita tersebut dapat dilihat bukannya kelihatan sedih atau terkejut sambil meminta tolong, sebaliknya wanita itu dilihat seakan menjerit sesuatu kepada peragut yang melarikan diri tersebut.

Difahamkan, wanita itu kemudiannya telah melaporkan kejadian berkenaan kepada polis tempatan dan mengakui bahawa rantai lehernya adalah palsu.

Kejadian dipercayai berlaku pada 16 Jun yang lalu

Pihak berkuasa juga telah mengesahkan kejadian itu dan ia dipercayai berlaku pada tengah hari 16 Jun yang lalu.

Wanita itu dikatakan telah memaklumkan kepada polis berkenaan peristiwa ragut rantai emas itu di jalanan.

Pihak berkuasa kini menggunakan rakaman CCTV itu sebagai bukti dalam usaha mencari suspek yang berjaya melarikan diri.

Terdahulu, kejadian malang yang hampir serupa telah berlaku kepada seorang pelancong Turkiye di Pantai Pattaya, Thailand.

Penyeluk saku itu menjalankan kegiatan jenayahnya ketika pelancong itu sedang berjalan sendirian di pantai tersebut.

Pelancong itu dilaporkan mengalami kerugian sebanyak USD723 (RM3,300) kepada penyeluk saku yang didakwa sebagai seorang transgender.

Dalam kejadian berasingan, polis Thailand berjaya menahan enam lelaki China kerana menjual emas palsu kepada orang kaya Thai. Penipuan itu dipercayai melebihi RM1.33 juta.

Suspek dilaporkan merupakan bekas ahli kumpulan pusat panggilan penipuan yang berpangkalan di Indonesia. Kumpulan itu mengaku bahawa perbuatan jenayah mereka diilhamkan dari siri televisyen tentang penipuan.

Baca Lagi:
Lebih 100 mayat manusia ditemui, tapak terseram di UPSI yang ramai tak tahu
Makcik umur 54 tahun jadi jutawan segera selepas menang jackpot RM41.45 juta, hanya bermodalkan RM2.00 sahaja
Ramai tak tahu, rupanya ini 7 pekerjaan yang gaji paling mahal di Malaysia, kalau nak boleh cuba..
CATEGORIES