16 lubang gergasi ditemui di Turki, bilangan lubang sentiasa bertambah setiap hari

16 lubang gergasi ditemui di Turki, bilangan lubang sentiasa bertambah setiap hari

16 lubang gergasi ditemui di Turki, bilangan lubang sentiasa bertambah setiap hari. Sebanyak 16 mendapan lubang gergasi ditemukan selepas beberapa bulan kemarau berlaku di Lembah Konya, Turki.

Memetik Daily Mail, gambar yang diambil memaparkan beberapa lubang yang terbentuk di lembah berkenaan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Pakar dari Universiti Teknikal Konya (KTUN), Fetullah Arık menjelaskan bahawa kini terdapat lebih 2,600 mendapan lubang di kawasan tersebut.

16 lubang gergasi ditemui di Turki, bilangan lubang sentiasa bertambah setiap hari

“Walaupun salji turun dengan lebat pada tahun lepas, namun tiada peningkatan besar terhadap air bawah tanah.

“Struktur tanah boleh terhakis apabila bertemu air dan meliputi kawasan yang luas di seluruh lembangan,” katanya kepada Hurriyet Daily News.

Tambah Fetullah, dia memberi amaran terhadap penggunaan air bawah tanah yang tidak terkawal.

16 lubang gergasi ditemui di Turki, bilangan lubang sentiasa bertambah setiap hari

“Langkah yang paling berkesan untuk menangani mendapan lubang itu ialah mengawal jumlah air bawah tanah yang digunakan kerana keadaan geologi alam semula jadi tidak dapat dikawal,” katanya.

Tambahan lagi, walaupun tiada sebarang gangguan, namun lubang gergasi itu tetap akan berlaku.

16 lubang gergasi ditemui di Turki, bilangan lubang sentiasa bertambah setiap hari

Perkara itu telah diperiksa oleh pakar dari Disaster and Emergency Management Presidency (AFAD) dan KTÜN.

Difahamkan, bilangan lubang itu semakin meningkat setiap hari di daerah Cihanbeyli, Yunak, Kulu, Sarayönü dan Kadınhanı. Mendapan lubang yang terus berlaku menimbulkan risiko kepada penduduk di sekitar kawasan berkenaan di Turki.

16 lubang gergasi ditemui di Turki, bilangan lubang sentiasa bertambah setiap hari

Untuk pengetahuan, mendapan lubang itu merupakan sebuah lekukan yang terbentuk dalam tanah tanpa mempunyai permukaan luaran semulajadi. Oleh itu, apabila hujan, air biasanya akan termendap ke bawah permukaan tanah.

Lubang seperti kawah itu kerap berlaku pada bentuk permukaan bumi ‘karst’ disebabkan batu di bawah tanah terhakis akibat air.

Terdahulu, seorang lelaki yang berasal dari Kadokoy di Istanbul dilaporkan terjatuh ke dalam salah satu lubang pada 4 Februari lalu.

Baca Lagi:
Jambatan runtuh, 3 dilapor maut
CIMB akan tutup 12 cawangan berkuatkusa 17 Oktober
Sakinah bergambar dengan lukisan kek cawan, lain pula netizen perasan…
CATEGORIES