10 model kereta susut nilai teruk hingga 50% bagi tahun 2022

10 model kereta susut nilai teruk hingga 50% bagi tahun 2022

10 model kereta susut nilai teruk hingga 50% bagi tahun 2022.

Seperti yang diketahui umum, kereta adalah komoditi yang akan mengalami susut nilai apabila dijual semula melainkan dalam situasi di dalam negara dimana permintaan melebihi penawaran, harga kereta sukar untuk mengalami susut nilai yang ketara.

Sebagai contoh anda perlu menunggu sehingga 8 bulan bagi pembelian kereta baru, dan keadaan ini menyebabkan pembeli beralih arah kepada pasaran kenderaan terpakai. Secara tidak langsung harga kenderaan terpakai akan meningkat naik.

10 model kereta susut nilai teruk hingga 50% bagi tahun 2022

Isu ini sebenarnya bukan sahaja berlaku di sini, malah turut dialami di beberapa negara luar. Namun dalam keadaan sebegini, faktor susut nilai tetap berlaku kepada beberapa model berdasarkan kajian laman sesawang iSeeCars

Kajian ini menjdapati terdapat beberapa model yang mengalami susut nilai sehingga 50% dalam masa 5 tahun selepas tarikh dibeli bagi pasaran Amerika. Antara kereta-kereta tersebut adalah:

1. BMW 7 Series: -56.9%

2. Maserati Ghibli-56.3%

3. Jaguar XF: -54%

4. Infiniti QX80: -52.6%

5. Cadillac Escalade ESV: 52.3%

6. Mercedes-Benz S-Class: 51.9%

7. Lincoln Navigator: 51.9%

8. Audi A6: 51.4%

9. Audi S90: 51.4%

10. Ford Expidition: 50.7%

Kajian iSeeCars’ menunjukkan trak pikap, kereta sport dan juga kereta dengan penggunaan bahan api yang bagus memiliki nilai jualan yang baik bagi pasaran Amerika berbanding dengan kenderaan dari jenama mewah

iSeeCars’ Executive Analyst Karl Brauer menerangkan bahawa pembeli kenderaan terpakai tidak mempedulikan ciri-ciri mewah yang ada pada kereta seperti pembeli kereta pertama dan menjadikan nilai kenderaan mewah lebih cepat merosot. Segala nilai tambah dan teknologi yang ada dan menjadikan kereta tersebut mahal ketika baru tidak menjamin yang kereta tersebut boleh dijual mahal di pasaran kenderaan terpakai

iSeeCars juga mendapati kenderaan elektrik juga merosot dengan banyak namun tidak seteruk kenderaan dari jenama mewah. Sebagai contoh Nissan Leaf mengalami susut nilai sebanyak 49.1% sedangkan secara purata pasaran kereta elektrik terpakai menyaksikan kereta elektrik mengalami susut nilai sebanyak 44.2% manakala jenama Tesla mengalami susut nilai 38.3%

Baca Lagi:
Tun Mahathir nafi hina institusi diraja, hanya cerita kisah diraja dulu saja
Marah potong di selekoh, lelaki ‘sado’ hempuk kepala pemandu wanita
Nampak macam buruk, rupanya ini durian paling ‘legend’ yang ramai tak tahu betapa nikmatnya
CATEGORIES