Nampak macam buruk, rupanya ini durian paling ‘legend’ yang ramai tak tahu betapa nikmatnya

Nampak macam buruk, rupanya ini durian paling ‘legend’ yang ramai tak tahu betapa nikmatnya

Nampak macam buruk, rupanya ini durian paling ‘legend’ yang ramai tak tahu betapa nikmatnya. Durian merupakan salah satu buah-buahan tempatan yang akan berbuah pada musimnya sahaja. Buah yang mendapat nama jolokan sebagai Raja Buah ini sering dinantikan rakyat Malaysia setiap tahun.

Bagi penggemar durian, antara baka yang sering menjadi rebutan dan popular adalah Musang King, D24, Durian Udang Merah, Black Thorn (D200) dan lain-lain lagi.

Menurut kebiasaan, kita sering mencari durian yang memiliki isi kuning keemasan, banyak isi dan berbau harum.

Nampak macam buruk, rupanya ini durian paling 'legend' yang ramai tak tahu betapa nikmatnya

Jika ia tidak mememiliki ciri-ciri di atas, berkemungkinan durian tersebut sudah rosak dan tidak bolah dimakan.

Nampak macam rosak, sebenarnya durian jenis ini boleh dimakan dengan selamat

Namun, ada sejenis durian yang kelihatan seakan-akan ‘rosak’ tetapi boleh dimakan dengan selamat. Menurut satu perkongsian di Facebook Rizky Durian, durian tersebut dikenali sebagai Tupai King.

Tupai King ataupun dikenali sebagai D214 merupakan sejenis durian yang memiliki isi berwarna sedikit kehitaman.

Kata Rizky, kebiasaannya pelanggan akan menolak durian ini kerana menyangka ia sudah rosak dan tidak selamat untuk dimakan. Hal ini disebabkan warna isinya menyebabkan orang lain kecut perut untuk memakannya.

“Bila dapat durian isi macam ni ramai pelangan yang reject. Cakap isi durian dah rosak sebab isi warna kehitaman.”

Sungguhpun begitu, dia tidak sedikit terkesan apabila pelanggan tersebut berbuat demikian, sebaliknya kebanyakan penjual durian lebih menyukai tindakan tersebut.

“Tapi kami tak marah kalau pelanggan reject durian ni. Kami lagi suka.”

Mesti kedengaran agak aneh jika ada penjual yang lebih suka apabila pelanggannya bertindak sedemikian. Rupanya, durian Tupai King ini merupakan antara jenis yang sukar ditemui di Malaysia

“Durian ni barang rare. Susah nak jumpa. Yang tahu je sahaja akan menghargainya.”

Pada akhir hantaran, Rizky menyifatkan Tupai King ini mempunyai penangan yang padu, walaupun tidak begitu ‘goodlooking‘ berbanding durian-durian lain.

“Kalah pada rupa, menang pada nikmatnya,” jelasnya.

Baca Lagi:
Selepas ditegur Tunku Panglima Johor isu ‘najiskan kereta’, suami Fatin Afeefa dipanggil bersemuka dengan Ayahanda Cek Ton pula
Banyak kali diberi nasihat dan ditegur netizen, Azhar Sulaiman mula risau Leona setiap hari semakin ‘bodoh’
50 peratus ladang ayam bakal muflis, ini sebabnya
CATEGORIES