Tun Mahathir nafi hina institusi diraja, hanya cerita kisah diraja dulu saja

Tun Mahathir nafi hina institusi diraja, hanya cerita kisah diraja dulu saja

Tun Mahathir nafi hina institusi diraja, hanya cerita kisah diraja dulu saja.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau cuba mempersoal dan menghina institusi diraja, sebaliknya hanya bercerita berkenaan kisah diraja yang pernah berlaku suatu ketika dulu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, menjadi haknya untuk bercakap mengenai fakta yang sudah diketahui umum.

Tun Mahathir nafi hina institusi diraja, hanya cerita kisah diraja dulu saja

“Ada dua kes (isu hina institusi diraja dan proklamasi Melayu)… saya sebut mengenai raja-raja Melayu dahulu, bagaimana institusi berkenaan tidak mempunyai wang, ada kutipan cukai.
“Saya kaitkan apa yang sudah berlaku, semua orang tahu, takkan saya tidak boleh bercakap.
“Semua tahu mengenai penjualan tanah bernilai RM4 bilion dan saya bertemu dengan pihak yang membeli tanah itu. Tanah itu kekal miliknya sampailah akhirat,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah melengkapkan kertas siasatan terhadap Dr Mahathir bersabit kes penghinaan terhadap institusi diraja.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara, Selasa ini, selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Noorsiah berkata, siasatan polis terhadap Dr Mahathir berkait isu proklamasi orang Melayu masih pada peringkat siasatan.

Media sebelum ini turut melaporkan Dr Mahathir disoal siasat oleh polis mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas dakwaan ‘aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen’.

Peguam Dr Mahathir, Rafique Rashid Ali berkata, anak guamnya disoal mengenai video yang dikatakan menunjukkan pemimpin berusia 97 tahun itu bercakap di sebuah majlis, yang membuat kenyataan bahawa orang Melayu tidak boleh bergantung kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi mereka.

Dalam video itu, Dr Mahathir mendakwa raja-raja Melayu ‘menyerahkan negeri mereka’, semasa zaman penjajahan British.

Sementara itu, ditanya mengenai penganugerahan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Lim Kit Siang, Dr Mahathir secara berseloroh berkata, veteran DAP itu adalah veteran DAP, setaraf dengan bekas Musyidul Am Pas, Allahyarham Tan Sri Nik Aziz Nik Mat.

“Sumbangan Kit Siang kepada negara tak boleh dilawan oleh mana-mana pihak lain, dia seorang yang setaraf dengan (Allahyarham) Nik Aziz,” katanya.

Baca Lagi:
Kalau masuk ke Thailand, jangan tinggal 3 dokumen penting ini!
Yang suka menabung duit syiling, ini cara mudah tukar duit syiling guna mesin di bank, duit terus masuk ke akaun
Kerani bank campak kad ATM makcik selepas mahu keluarkan duit sikit, disuruh pergi keluarkan di mesin ATM
CATEGORIES