Zamani masih belum ambil duit sumbangan RM100,000 dari Pak Nil, rupanya ada sesuatu berlaku dibelakang tabir

Zamani masih belum ambil duit sumbangan RM100,000 dari Pak Nil, rupanya ada sesuatu berlaku dibelakang tabir

Zamani masih belum ambil duit sumbangan RM100,000 dari Pak Nil, rupanya ada sesuatu berlaku dibelakang tabir.

Pengurus Zamani Slam, Aalan Ahmad memaklumkan penyanyi terbabit belum mengambil wang berjumlah lebih RM100,000 sumbangan peminat yang disalurkan menerusi dana bantuan diwujudkan oleh Datuk Aznil Nawawi bagi membiayai pembedahan tulang belakangnya.

Aalan berkata, Zamani mahu menunggu terlebih dahulu kerana mahu membuka akaun berasingan agar tidak mahu mencampurkan dengan wangnya yang lain.

“Dia sedang tunggu proses itu sahaja. Dari segi rawatan pula, dua minggu ini kami memang sibuk berulang alik ke hospital untuk urusan selanjutnya.

“Tinggal lagi nak buat perbincangan lanjut dengan doktor di Hospital Kuala Lumpur. Kita ada dua tempat samada di HKL atau Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, mereka belum menetapkan akan melakukan pembedahan di mana kerana sedang menyiapkan laporan perubatan terlebih dahulu.

“Kemudian kita akan pilih hospital mana yang sesuai. Che Puan Sarimah Ibrahim pun ada hubungi kami minta pergi ke tempat kawannya iaitu ALTY Orthopaedic Hospital.

“Semuanya dalam penilaian kerana kita tak tahu sama ada nak buat di hospital kerajaan atau swasta. Kalau kerajaan mungkin kena tunggu giliran tapi kosnya taklah besar, manakala swasta pula mungkin mahal.

“Dalam masa sama, jadual Zamani pula penuh sampai awal Disember. Deposit pun dah ambil jadi dia kenalah menyanyi. Kalau nak buat pun dalam Januari tapi kenalah secepat mungkin kerana keadaannya makin teruk. Aalan berkata, Zamani masih lagi menyanyi seperti biasa kerana sudah lama bersetuju dan mengambil deposit.

“Itu pun periuk nasinya dan dia kena ambil. Takkanlah dia nak stop macam itu sahaja. Cuma sebelum pembedahan, kami rancang nak anjurkan konsert khas iaitu Zamani & Friends di Kuala Lumpur dan Johor Bahru,” katanya.

Terdahulu Zamani mengakui mengalami sakit selama 24 jam membabitkan perut dan bahagian belakang akibat penyakit tulang belakang atau Skoliosis.

Pembedahan terpaksa dilakukan memandangkan rawatan serta ubatan tradisional sudah tidak lagi memberikan kesan kepada dirinya.

Selepas jumpa 3 pakar, Zamani lebih yakin jalani rawatan tulang belakang… Sebelum ini takut sebab dengar cakap-cakap orang!

Penyanyi Zamani memaklumkan dia sudah berjumpa dengan tiga orang pakar perubatan di sebuah pusat ortopedik di Kuala Lumpur bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut berhubung penyakit skoliosis yang dihidapi selama ini.

Kata Zamani, 51, dia tidak pernah berputus asa untuk kembali pulih dan kini lebih yakin untuk meneruskan rawatan selepas mendengar maklumat lanjut daripada barisan doktor tersebut.

“Saya telah pergi banyak tempat termasuk yang menawarkan rawatan tradisional. Namun belum jumpa yang betul-betul meyakinkan saya untuk meneruskan rawatan.

Zamani masih belum ambil duit sumbangan RM100,000 dari Pak Nil, rupanya ada sesuatu berlaku dibelakang tabir

Zamani berkongsi masalah yang dihidapi dalam satu temubual bersama Sarimah.

“Sebelum ini saya rasa takut dengan diri sendiri sebab tidak mendapat input (maklumat) yang lengkap. Selepas mendengar nasihat dari tiga orang pakar saya mula yakin rawatan ini boleh dilakukan,” katanya.

Zamani berkongsi perkara tersebut dalam satu temu bual bersama pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim yang dimuat naik menerusi laman Instagram.

Rakaman itu dikongsi selepas penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini melakukan pemeriksaan imbasan X-ray di pusat perubatan berkenaan.

Zamani yang mengalami sakit berkaitan tulang belakang sejak tahun 2015 itu turut meluahkan rasa bimbang jika rawatan yang diterimanya kelak boleh memberi kesan sampingan kepada dirinya.

Dalam masa sama, vokalis kumpulan Slam ini juga memberitahu keluarga menjadi kekuatan untuk dia mendapatkan rawatan supaya boleh menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Sebelum ini ada yang kata jika buat pembedahan keadaan akan bertambah buruk sehingga boleh lumpuh dan terpaksa duduk atas kerusi roda. Apabila mendengar ayat-ayat seperti itu saya jadi takut.

Selepas mendengar nasihat dari tiga orang pakar saya mula yakin rawatan ini boleh dilakukan

“Keluarga adalah faktor utama yang membuatkan saya kuat dan mahu terus menerima rawatan. Saya sudah beristeri dan dengan keadaan kesihatan begini agak sukar menjalani kehidupan harian,” jelasnya.

Dalam sesi tersebut, doktor turut memberi jaminan Zamani boleh melakukan pergerakan seperti biasa selepas dua minggu menjalani pembedahan.

Zamani bagaimanapun belum menetapkan waktu sesuai untuk dia menjalani pembedahan tersebut.

Dalam istilah perubatan, Skoliosis adalah keadaan di mana tulang belakang bengkok sama ada ke sebelah kiri atau ke sebelah kanan.

Baca Lagi:

Anggota polis didakwa ambil duit dalam beg duit ditinggalkan remaja di balai

Warganet terkejut ada orang sanggup beli duit syiling RM1 dengan harga RM10,000

Peminta sedekah ketuk kepala pelanggan tengah makan sebab tak bagi duit

CATEGORIES