Wanita memancing hilang disambar buaya besar

Wanita memancing hilang disambar buaya besar

Wanita memancing hilang disambar buaya besar.

Seorang wanita dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar buaya dalam satu kejadian di Kampung Tanjung Bulat, dekat sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar pukul 3.40 petang itu, mangsa, Norsila Sayong, sedang memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan.

Wanita memancing hilang disambar buaya besar

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.42 petang.

Menurutnya, lima anggota bergegas ke lokasi itu sebaik menerima panggilan kecemasan berkenaan.

“Mangsa dilaporkan memancing bersama keluarganya di tebing sungai di kampung berkenaan ketika kejadian.

“Mangsa kemudiannya disambar dan ditarik ke dalam air sebelum dilaporkan hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dan perkembangan semasa akan dimaklumkan, ” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Baca Lagi:

Tular video sampan dikejar buaya, “tak boleh bayang kalau jatuh dalam air macam mana”- Netizen

Misteri kehilangan lelaki selama 4 hari terjawab, ditemukan dalam perut buaya

Usman berjaya tumpaskan buaya seberat 1 tan

CATEGORIES