Misteri kehilangan lelaki selama 4 hari terjawab, ditemukan dalam perut buaya

Misteri kehilangan lelaki selama 4 hari terjawab, ditemukan dalam perut buaya

Misteri kehilangan lelaki selama 4 hari terjawab, ditemukan dalam perut buaya.

Kehilangan seorang lelaki berusia 29 tahun selama empat hari akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemukan dalam dalam perut buaya selepas dibaham haiwan itu dalam satu kejadian.

Jurucakap pihak berkuasa, Dede Hariana berkata, polis melakukan pencarian sejak Khamis lalu selepas keluarganya membuat laporan mengenai kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Baharuddin.

Misteri kehilangan lelaki selama 4 hari terjawab, ditemukan dalam perut buaya

“Penduduk setempat percaya mangsa mungkin dibaham buaya dan menerusi umpan yang dipasang, kami berjaya menangkap buaya berkenaan.

“Kami membelah perut haiwan itu dan menemukan mayat Baharuddin. Jenazah lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.

Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat dihentikan serta-merta.

Terdahulu, mangsa disyaki dibaham buaya akibat terjatuh ke dalam sungai ketika melalui jambatan untuk menyeberangi sungai di Nunukan, Kalimantan Utara.

Selepas beberapa hari tidak pulang ke rumah, keluarga mangsa menzahirkan kebimbangan dan membuat laporan polis serta memaklumkan kepada penduduk setempat.

Siasatan awal mendapati ada kesan jatuh dari jambatan tersebut, sekali gus menguatkan telahan pendudukan kampung bahawa mangsa berkemungkinan dibaham buaya.

Baca Lagi:

Kaki tergantung dalam lif, lelaki hampir kehilangan kedua-dua pergelangan kaki

Kehilangan Zalina Azman, saksi dedah ada sesuatu berlaku di rumah sebelum dilapor hilang

Misteri kehilangan dua sahabat terjawab, dijumpai mati dalam MPV

CATEGORIES