Patung sembahan Datuk Kong dicabut janggut gara-gara tidak menang nombor ekor

Photo of author

By Joe

Patung sembahan Datuk Kong dicabut janggut gara-gara tidak menang nombor ekor. Dipercayai kerana tidak menang nombor ekor, patung sembahan Datuk Kong di sebuah taman di Negeri Sembilan di sini dicabut janggutnya oleh individu tertentu, lapor Sin Chew Daily.

Akhbar tempatan itu melaporkan patung sembahan Datuk Kong di sebuah pondok Taman Cempaka Bahau, Negeri Sembilan didapati janggutnya dicabut dan ditinggalkan, malah sebuah patung kecil di sebelahnya juga hilang.

Dipercayai ada individu yang gagal mendapatkan nombor ekor daripada patung sembahan itu lalu melepaskan geram terhadap patung itu.

Patung sembahan Datuk Kong dicabut janggut gara-gara tidak menang nombor ekor

Menurut penduduk tempatan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah berdekatan merakamkan seorang penunggang motosikal yang mencurigakan muncul di kawasan terbabit dan meletakkan motosikalnya di hadapan pondok itu sebelum insiden vandalisme berlaku.

Penduduk berkata, penunggang motosikal itu kelihatan mabuk dan tidak menjawab soalan ketika ditanya.

Baca Lagi:
Selepas viral nasi kandar babi, tak sangka makin ramai yang datang dan sokong
“5 tahun aku tidur atas lantai, geli nak tidur atas tilam bekas suami ‘main’ dengan perempuan lain”
Wanita ‘ditiduri’ secara paksa oleh 3 ahli keluarga kandung, ayah waktu subuh, atuk siang & pakcik malam