Tun M gesa siasat Apandi

Tun M gesa siasat Apandi

Tun M gesa siasat Apandi.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas peguam negara Apandi ali susulan kaitannya dengan Jho Low.

Ia selepas Apandi mengakui dia terlibat mengaturkan perbincangan antara wakil ahli perniagaan dalam pelarian itu dengan pihak kerajaan.

Dengan berbuat demikian, kata Mahathir, Apandi telah membangkitkan kecurigaan terhadap keputusan dan tindakannya berkaitan penyiasatan 1MDB ketika menjadi peguam negara.

Tun M gesa siasat Apandi

“Di sini timbul kecurigaan bahawa kerjasama Apandi dengan Jho Low telah bermula semasa dia menjadi peguam negara.

“Satu siasatan perlu dilakukan terhadap Apandi sama ada dia membuat keputusan menyucikan 1MDB dahulu kerana hubungannya dengan Jho Low.

“Kerajaan hari ini bertanggungjwab untuk menyiasat kerana terdapat unsur kolusi (pakatan) dan subahat Apandi di dalam jenayah 1MDB untuk memastikan penyamun-penyamun negara yang terbabit di dalam jenayah terancang ini diadili dan dihukum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 26 Januari 2016, Apandi dalam satu sidang media mengumumkan tiada pendakwaan akan dibuat terhadap Najib Razak, yang ketika itu menjadi perdana menteri.

Ketika itu, laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report mendakwa Najib menyelewengkan RM2.6 bilion daripada 1MDB dan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

Najib akhirnya didakwa di mahkamah. Ketika itu, Apandi bukan lagi peguam negara.

Perkaitan terbaru Apandi dalam isu 1MDB didedahkan beberapa laporan memetik sumber baru-baru ini, berhubung tindakannya mengaturkan pertemuan antara pasukan perundangan Jho Low yang Amerika Syarikat dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Susulan itu, AGC tampil mengesahkan Jho Low ada membuat tawaran penyelesaian tetapi telah ditolak.

Apandi juga mengakui ada mengaturkan pertemuan itu.

Baca Lagi:

Tun M dedah perang dunia ketiga bakal terjadi jika ini yang berlaku

PANAS!! Tun Mahathir mahu Malaysia tuntut balik Singapura dan Kepulauan Riau

PANAS !!! Speaker DUN Johor mahu saman Tun M RM3 bilion

CATEGORIES