Tular satu video harga makanan kedai ‘Cekik Darah’ nasi putih dan ayam goreng RM19

766071da ed17 4298 90c5 8c1664559748 e1647783840557

Tular satu video harga makanan kedai ‘Cekik Darah’ nasi putih dan ayam goreng RM19.

Tindakan seorang lelaki mendedahkan harga makanan dipercayai hidangan nasi ayam serta air mencecah sehingga RM19 di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur tular di laman sosial sejak semalam.

Menerusi perkongsian satu klip video yang dimuat naik di laman sosial pawanjatt66 memaparkan menu makanan serta harga beberapa hidangan yang dijual di kedai tersebut.

Tular satu video harga makanan kedai 'Cekik Darah' nasi putih dan ayam goreng RM19

Apa yang mengejutkan, kesemua harga hidangan berkenaan dilihat melebihi RM10 antaranya adalah hidangan nasi, kari daging dan air yang berharga RM21 manakala nasi, sayur campur dan air pula berharga RM16.

Susulan daripada itu, rata-rata orang turut meluahkan bahawa harga yang diletakkan adalah tidak masuk akal dan terlalu tinggi.

“Bagus buat macam ni bang. Jangan bagi peluang mereka buat sembarangan. Teruskan usaha yang baik,” kata Daigo.

“Harga gila-gila. Beli ayam mentah 1 kilogram sayap ayam. Puas lagi makan sendiri,” seloroh erwan.

“Kita sebagai orang Malaysia kena tahu harga barang sekrang. Memang kedai mahal tapi harga barang tengah naik. Lepas ni nasi bajet tak wujud dah,” ujar Imran Naeim.

@pawanjatt66♬ original sound – Tik Toker

Baca lagi:

Tular aksi ‘Bomoh’ lakukan ritual hentikan hujan di perlumbaan MotoGP

Suhu bumi dijangka meningkat dan akan alami peristiwa “Tanpa Bayang” seluruh negara

Sekian lama menyepi selepas bersara, ini pekerjaan bekas ketua polis negara Hamid Bador

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *