Tular aksi ‘Bomoh’ lakukan ritual hentikan hujan di perlumbaan MotoGP

w644 e1647766720216

Tular aksi ‘Bomoh’ lakukan ritual hentikan hujan di perlumbaan MotoGP.

Grand Prix (GP) Indonesia sekali lagi mencuri tumpuan apabila kali ini khidmat pawang hujan dilihat berada dalam Litar Mandalika, Lombok untuk melakukan ritual bagi menghentikan atau mengalihkan hujan.

Pawang hujan yang dikenali sebagai Rara Isti Wulan melakukan ritual apabila ketika ini perlumbaan MotoGP yang sepatutnya bermula pukul 3 petang tadi terpaksa ditangguhkan selepas hujan lebat membasahi keseluruhan litar.

Tular aksi 'Bomoh' lakukan ritual hentikan hujan di perlumbaan MotoGP

“Kehadiran saya di sini adalah untuk menurunkan suhu agar lembab dan sejuk dengan sedikit hujan di sekitar Litar Mandalika,” kata Rara.

Difahamkan, wanita itu pernah menjadi pawang hujan ketika acara pembukaan temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta.

Sebelum saingan MotoGP bermula, beberapa keping gambar wanita berkenaan tular di media sosial dan sedang melakukan ritual. Bagaimanapun, tindakan tersebut dilihat mendapat kebenaran.

Baca Lagi:

Pasangan nikah di Siam berdepan risiko penjara dan tangkap khalwat

Nama Siti Hariesa tular selepas tersebar klip aksi panas bersama Zul Ariffin, bukan calang-calang orang ni

Kurus kering, dua budak lelaki hilang di hutan Amazon ditemui masih hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published.