Tukang cuci maut putus kepala dipercayai jatuh dari tingkat 29

Tukang cuci maut putus kepala dipercayai jatuh dari tingkat 29

Tukang cuci maut putus kepala dipercayai jatuh dari tingkat 29. Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mengerikan dipercayai telah jatuh daripada tingkat 29 sebuah bangunan di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor pada hari ini.

Pengesahan itu dibuat oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Bin Abdul Hamid menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Menurut Mohamad Fakhrudin, pihaknya telah menerima satu laporan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut pada pukul 3.05 petang tadi.

Tukang cuci maut putus kepala dipercayai jatuh dari tingkat 29

Laporan itu menyatakan bahawa terdapat seorang lelaki telah terjatuh daripada sebuah bangunan di Bandar Utama.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis daripada Balai Polis Damansara telah pergi ke tempat kejadian. Pihak polis mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dibahagian tepi blok bangunan.

“Mangsa ditemui dalam keadaan kepala terputus daripada badannya,” tulis kenyataan tersebut.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warga asing berumur lebih kurang 43 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci di bangunan tersebut.

“Hasil semakan CCTV mendapati mangsa telah kelihatan berada di kawasan tepi bahagian balkoni bangunan pada kira-kira jam 2.46 petang.

“Selepas itu tiada lagi pergerakan dilihat di kawasan tersebut yang dipercayai mangsa telah terjun daripada balkoni bangunan tersebut,” tambah kenyataan itu lagi.

Mayat kemudiannya telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, pihak polis juga meminta kepada mana-mana individu yang melihat atau berada di tempat kejadian tersebut untuk tampil ke balai polis berhampiran.

Saksi juga boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat Sarjan Fatin Afifa Binti Shahpri di talian 013-7353589 bagi membantu siasatan.

Baca Lagi:
Suami hina isteri macam lembu, lepas cerai suami meroyan, akhirnya ini yang terjadi
Lelaki berulang-alik sejauh 300km semata-mata mahu rogol remaja 14 tahun dalam kebun sawit
Abang penggal kepala adik bawa pergi balai polis selepas keluarga tak restu kahwin
CATEGORIES