Tudung bawal Che Ta laku keras, tak sangka kurang 2 jam habis 20,000 helai

Tudung bawal Che Ta laku keras, tak sangka kurang 2 jam habis 20,000 helai

Tudung bawal Che Ta laku keras, tak sangka kurang 2 jam habis 20,000 helai. Pelakon cantik Rozita Che Wan tidak menyangka mendapat sokongan di luar jangkaan apabila 20,000 helai koleksi tudung bawalnya habis terjual dalam masa kurang dua jam.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, koleksi tudung bawal Pearl tersebut dibuka untuk jualan pada jam 10 pagi tadi dan jualan ditamatkan kira-kira jam 11.20 minit pagi kerana kehabisan stok.

“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka akan mendapat sokongan yang sebegini. Terima kasih kepada semua yang tidak jemu-jemu menyokong terutama para stokis yang sentiasa berada di belakang saya.

“Pagi ini saya mendapat semangat baru kerana anda semua. Sehingga sekarang pun masih rasa tak percaya,” katanya terharu.

Tudung bawal Che Ta laku keras, tak sangka kurang 2 jam habis 20,000 helai

Sementara itu, di ruangan komen Instagram (IG) Che Ta mendapati ramai pengikut memuji pelakon tersebut kerana menjual tudung dengan harga mampu dimiliki golongan B40.

“Semoga dimurahkan rezeki Che Ta kerana berniaga ikhlas dengan harga mampu milik kami B40 ni,” komen seorang pengguna.

“Semoga selepas ini lebih banyak koleksi cantik dengan harga B40 ya Che Ta,” tulis seorang lagi.

“Tak sabar nak beli tudung raya dengan Che Ta, harap harga ini dikekalkan supaya kami semua mampu memilikinya,” kata seorang peminat.

Dalam pada itu kata Che Ta, koleksi tudung tersebut akan ditambah lagi pada hujung bulan hadapan dan akan tetap dijual pada harga RM25.

@rozitachewan1 bawal che ta dah landing uolssssss . #bawalcheta #muriara #cheta #rcw #rcwscarves #fyp ♬ original sound – ROZITA CHE WAN

“Kepada yang tak sempat nak dapatkan tudung ni tadi, boleh dapatkan pada hujung bulan depan dengan ejen-ejen RCWScarves.

“Kami juga akan menambah volume jualan dengan mempelbagaikan lagi desain dan warna untuk peminat-peminat RCWScarves.

Tambah Che Ta lagi, RCWScarves juga akan muncul dengan koleksi terbaharu menjelang Syawal ini.

Dalam perkembangan lain, Che Ta kini sedang sibuk dengan penggambaran drama selain memenuhi undangan pelbagai acara termasuk untuk Ramadan dan Aidilfitri.

“Syukur dengan rezeki yang Allah SWT berikan kepada kami sekeluarga. Ini rezeki anak-anak yang saya tumpang, berkat doa mereka semua ni,” katanya.

Baca Lagi:
Pengadil layangkan ‘kad putih’ buat satu stadium bingung
7 mangkuk cendol durian di Melaka berharga RM279,30
Sanggup bakar kulit muka untuk kelihatan muda, akhirnya ini yang terjadi pada wanita ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *