Tuan kereta warga Singapura tuntut keadilan selepas anak pemilik bengkel di Malaysia ‘joyride’ sampai hancur berkecai ‘Nissan Fairlady’

Tuan kereta warga Singapura tuntut keadilan selepas anak pemilik bengkel di Malaysia ‘joyride’ sampai hancur berkecai ‘Nissan Fairlady’

Tuan kereta warga Singapura tuntut keadilan selepas anak pemilik bengkel di Malaysia ‘joyride’ sampai hancur berkecai ‘Nissan Fairlady’. Seorang pemilik Nissan Fairlady mendesak untuk mendapat keadilan yang sepatutnya selepas keretanya kemalangan semasa dicuri pandu oleh anak pemilik bengkel.

Menerusi hantaran Facebook Mac Seah, beliau telah menghantar keretanya ke sebuah bengkel atas cadangan seorang rakan untuk proses restorasi yang melibatkan suspension, steering rack dan bushing.

Bagaimanapun apa yang mengejutkannya apabila semakan video dashcam dibuat, pemilik kereta terkejut apabila mendapati anak pemilik bengkel telah mencuri pandu (joyride) tanpa sebarang kebenarannya dan alasan munasabah.

Tuan kereta warga Singapura tuntut keadilan selepas anak pemilik bengkel di Malaysia 'joyride' sampai hancur berkecai 'Nissan Fairlady'

“Video dashcam menunjukkan dia (anak pemilik bengkel) memandu melebihi 130km/j. Kemudian dia keluar joyride beberapa kali pada lewat malam.

“Lebih teruk lagi, dia turut membawa rakan-rakannya menaiki kereta saya (tanpa kebenaran),” terang Mac menerusi video Facebook berdurasi 1 minit 25 saat.

Pada 17 November 2023, 8.52 malam, itu merupakan momen terakhir anak pemilik bengkel joyride kerana kereta Mac terlibat kemalangan dengan sebuah Perodua Myvi berwarna putih.

Kemalangan itu berlaku apabila lelaki terbabit membelok ke kanan simpang jalan, lalu merempuh bahagian hadapan Myvi yang berada di lorong bertentangan.

Mac mahu selesaikan isu itu dengan baik, bagaimanapun insiden itu telah meleret sehingga tiga minggu.

Semasa perbincangan, kedua-dua pihak enggan bertanggungjawab atas insiden joyride Nissan Fairlady sehinggan kemalangan itu.

“Pemilik bengkel melemparkan hinaan sertga menakut-nakutkan saya dan berkata ‘wait and see‘.

“Kemudian dia memberitahu kereta saya telah dihantar untuk dibaiki sambil dengan angkuh berkata ‘what can you do about it?” kata Mac dengan penuh kecewa.

Difahamkan kini kereta saya telah ditunda ke bengkel lain yang terkenal untuk penilaian, dan laporan penilaian adalah buruk. Mac tidak dapat berkongsi lebih maklumat buat masa ini.

Lebih memburukkan keadaan, keputusan penilaian kerosakan adalah buruk. Beliau diberitahu kereta itu sudah tidak selamat untuk dipandu.

“Saya nekad untuk membuat mereka bertanggungjawab, dengan bantuan peguam dan rakan-rakan saya. Tolong bantu kongsikan hantaran Facebook ini,” kata beliau.

Pada masa sama, Mac berasa bingung apabila kewarganegaraannya menjadi ‘satu isu’ mengenai insiden tersebut.

Beliau juga berharap komuniti kereta di Malaysia berhati-hati agar perkara yang sama tidak berlaku pada diri sendiri.

Sementara itu orang ramai meminta Mac untuk membuat laporan polis serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri bagi memudahkan isu tersebut dibawa ke mahkamah.

Baca Juga:
“Pemberani yang sebenar”, Restoran Nasi Kandar Sulaiman cipta rekod baharu selepas pelanggan order nasi kandar berharga RM218
Syarikat terkenal buat pertandingan hidup tanpa telefon bimbit selama 1 bulan, hadiah ditawar sebanyak RM47,000 kepada yang berjaya menahan diri
‘Bagus idea ni’, pekerja pemotong rumput di Thailand guna jaring sebagai penghadang raih perhatian
CATEGORIES