Tetamu terkejut check in homestay tapi ada katil hospital, rupanya bekas rumah mak owner yang dah meninggal sebab Covid-19

Photo of author

By Joe

Tetamu terkejut check in homestay tapi ada katil hospital, rupanya bekas rumah mak owner yang dah meninggal sebab Covid-19. Kebanyakkan individu pasti akan melihat ulasan atau review mengenai sesebuah lokasi penginapan di internet sebelum membuat tempahan secara online.

Antara perkara yang diberi keutamaan sudah semestinya tahap kebersihan, suasana, jarak dan paling penting, ‘bebas’ daripada kisah seram.

Namun ada kalanya, sesetengah lokasi penginapan tidak mempunyai ulasan yang tersedia di internet kerana kurang dikenali, contohnya seperti homestay atau inap desa yang biasanya dimiliki penduduk setempat.

Tetamu terkejut check in homestay tapi ada katil hospital, rupanya bekas rumah mak owner yang dah meninggal sebab Covid-19

Justeru, agak sukar bagi tetamu untuk melihat atau mendapat maklumat lengkap tentang keadaan tempat penginapan yang mahu disewa.

Dalam satu perkongsian di TikTok, seorang individu berkongsi pengalamannya menginap di sebuah homestay yang baginya agak aneh dan menyeramkan.

“Korang tengok apa yang pelik ada pada homestay ni. Nak gelak ke nak nangis?” tulisnya.

Menerusi video yang dikongsikan itu, individu berkenaan merakam suasana di dalam homestay berkenaan di mana kelihatan sebuah katil hospital terletak di ruang bersebelahan dapur.

Lebih menyeramkan, ruang bumbung di atas tandas pula terlopong tanpa ditutup dengan siling sebagaimana ruang yang lain.

“Masa booking tu owner tak cakap apa-apa pun keadaan rumah ni macam mana. Bila dah check-in, alamak seram pula.
“Katanya homestay ni dulu bekas rumah emaknya, kini dah meninggal dunia sebab Covid-19,” kongsinya lagi.
@suzieyusnieta2020 Mase booking tu oner tak cakap pape pon keadaan rumah ni mcm mn..bila dh check in..alamak..seram pulak..katenye homestay ni dulu bekas rumah maknye…kini dh meninggal sbb covid.. 😮😟🤐#homestay#cuti2malaysia#jalanjalan ♬ Suara Seram Sangat Mencekam – Kholil Buitenzorg

Menurut individu berkenaan, dia sudah meminta pemilik mengirimkan gambar sekitar homestay tersebut, namun gambar katil hospital dan bumbung tandas tidak dikongsikan kepadanya.

“Ada bagi (gambar). Tapi bab siling dan katil seram ni saja dia tak bagi,” katanya pada ruangan komen.

Individu berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi homestay dan berapa lama dia menginap di situ.

Tetamu terkejut check in homestay tapi ada katil hospital, rupanya bekas rumah mak owner yang dah meninggal sebab Covid-19

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui turut berasa seram sekiranya mengalami situasi yang sama dengan individu berkenaan.

“Menangis macam ni weh!
“Kemas tapi tetap nampak seram.
“Macam ni punya rumah dengan katil wad pun tergamak nak buat homestay. Ni jadi wardstay,” demikian antara komen netizen.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 58,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Baca Lagi:
Ustaz Budak cium pipi ahli perniagaan lelaki dihukum penjara 13 bulan
Pekerja pembersihan mengamuk gaji 3 bulan tak dibayar, longgok sampah 3 buah lori depan pejabat daerah
Keunikan orang Terengganu yang ramai tak tahu, goreng keropok guna pasir pantai