Tersilap makan ubat, keadaan Najib Razak semakin teruk dalam penjara

Tersilap makan ubat, keadaan Najib Razak semakin teruk dalam penjara

Tersilap makan ubat, keadaan Najib Razak semakin teruk dalam penjara.

Datuk Seri Najib Razak akan dirujuk ke Hospital Kajang petang ini berikutan ubat darah tinggi baharu yang diambilnya menyebabkan kesan teruk ke atas bekas Perdana Menteri itu.

BH Online melaporkan perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram pada prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Tersilap makan ubat, keadaan Najib Razak semakin teruk dalam penjara

Sri Ram berkata, keadaan Najib dilaporkan agak teruk.

“Saya dimaklumkan oleh Jabatan Penjara bahawa ubat tekanan darah tinggi tertuduh ditukar dan ia menyebabkan kesan teruk kepadanya.

Tersilap makan ubat, keadaan Najib Razak semakin teruk dalam penjara

“Bagaimanapun, dia boleh bertahan untuk berada di mahkamah dalam prosiding ini sehingga jam 12.30 tengah hari dan selepas itu perlu bersiap untuk dirujuk ke hospital pada jam 2 petang ini,” katanya.

Tersilap makan ubat, keadaan Najib Razak semakin teruk dalam penjara

Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Baca Lagi:

Pilot Helikopter hilang sah ditemui mati dilokasi kejadian – Ketua Polis Perak

‘Woi ! Isi minyak ke?’ Kantoi lelaki Singapura bertukar pam minyak kuning dan hijau dengan lelaki Malaysia

TERKINI : Helikopter hilang sudah ditemui

Leave a Reply

Your email address will not be published.