Pilot Helikopter hilang sah ditemui mati dilokasi kejadian – Ketua Polis Perak

Pilot Helikopter hilang sah ditemui mati dilokasi kejadian – Ketua Polis Perak

Pilot Helikopter hilang sah ditemui mati dilokasi kejadian – Ketua Polis Perak.

Juruterbang sebuah helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) selepas dilaporkan hilang di kawasan Bidor sejak petang semalam sah ditemui mati di lokasi kejadian.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri seperti yang dilaporkan Bernama sebentar tadi.

“Mayat juruterbang sebuah helikopter yang hilang semalam, dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat selepas diterbangkan dari lokasi kejadian menggunakan sebuah helikopter,” katanya memetik Bernama.

Berita penuh menyusul.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Dr. Wee Ka Siong berkata pesawat jenis Eurocopter milik syarikat swasta itu terputus hubungan pada kira-kira 12.16 tengah hari dengan lokasi terakhir dilaporkan adalah di sekitar kawasan hutan dekat Bidor.

Helikopter itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pada 12.37 tengah hari selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 11.37 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri pada semalam juga dilaporkan berkata, SAR dihentikan sementara malam tadi memandangkan faktor cuaca tidak mengizinkan dan tidak menentu.

Pilot Helikopter hilang sah ditemui mati dilokasi kejadian - Ketua Polis Perak

Pemerhatian Bernama mendapati operasi yang bersambung hari ini bermula seawal 7.30 pagi melibatkan lima kumpulan dan dipecahkan kepada dua sektor besar.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, operasi itu melibatkan kawasan Kampung Kenangan, Jalan Bidor-Teluk Intan dan turut memfokuskan pencarian dalam radius lima kilometer di kawasan Hutan Simpan Chikus, tempat isyarat terakhir mangsa sebelum hilang.

Ia melibatkan 10 pegawai dan 197 anggota daripada pelbagai agensi antaranya PDRM, Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Udara, Bomba, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Jabatan Perhutanan Negeri selain sebuah helikopter Unit Udara PDRM turut diterbangkan bagi mengesan mangsa.

Baca Lagi:

TERKINI : Helikopter hilang sudah ditemui

Gempar !!! Helikopter dilapor hilang selepas berlepas dari LTSAAS

‘Woi ! Isi minyak ke?’ Kantoi lelaki Singapura bertukar pam minyak kuning dan hijau dengan lelaki Malaysia

CATEGORIES